KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermula Ogos tahun depan di Mahkamah Tinggi di sini.
Saman itu berhubung ucapan didakwa berbaur fitnah mengenai Anwar menerima gaji sebanyak RM15 juta semasa berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.
Peguam Datuk S.N Nair, yang mewakili Perdana Menteri, berkata pada pengurusan kes hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain menetapkan perbicaraan selama sembilan hari iaitu pada 5,6,7,12,13,14, 26, 27 dan 28 Ogos 2024.
"Mahkamah juga mengarahkan pihak-pihak memfailkan permohonan interlokutari, jika ada, selewat-lewatnya pada 15 Jun 2023. Pengurusan kes seterusnya pada 21 Jun 2023," katanya ketika dihubungi pemberita.
Prosiding hari ini turut dihadiri seorang lagi peguam Anwar iaitu Jaden Phoon Wai Ken manakala Chetan Jethwani dan Ivy Shu mewakili Muhyiddin.
Pada 20 Dis 2022, Anwar memfailkan saman itu mendakwa Muhyiddin, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), membuat kenyataan fitnah tersebut dalam satu ucapan semasa 'Grand Finale Perikatan Nasional Padang Serai' di Taman Selasih, Kulim sebagai menyokong calon PN Datuk Azman Nasrudin bagi PRU15 pada 5 Dis 2022.
Sehubungan itu, Anwar, 75, menuntut daripada Muhyiddin antaranya ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan perintah injunksi untuk menghalang beliau daripada terus menerbit atau mengedarkan kenyataan fitnah serupa.
Muhyiddin dalam pernyataan pembelaan pula mendakwa ucapan beliau itu tidak berunsur fitnah sebaliknya adalah komen yang adil selain ia sebahagian daripada kempen politik untuk menyokong Azman.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 22 2023
![Bicara kes saman Anwar terhadap Muhyiddin bermula Ogos 2024 Bicara kes saman Anwar terhadap Muhyiddin bermula Ogos 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51680927888_politik.jpg)
Saman itu berhubung ucapan didakwa berbaur fitnah mengenai Anwar menerima gaji sebanyak RM15 juta semasa berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. - Gambar Astro AWANI
![Thailand anjur festival durian, tingkatkan perdagangan dengan China Thailand anjur festival durian, tingkatkan perdagangan dengan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650887588_DURIAN.jpg)
Thailand anjur festival durian, tingkatkan perdagangan dengan China
Sambutan pesta durian pada Sabtu di selatan Thailand mempromosikan durian Thailand dan membantu lebih banyak buah memasuki pasaran China.
![Euro 2024: Gol tunggal Jude Bellingham pastikan England dahului Kumpulan C atasi Serbia Euro 2024: Gol tunggal Jude Bellingham pastikan England dahului Kumpulan C atasi Serbia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718572648_JudeBellingham.jpg)
Euro 2024: Gol tunggal Jude Bellingham pastikan England dahului Kumpulan C atasi Serbia
Pemain berusia 20 tahun itu bijak menghidu lambungan lintang Bukayo Saka untuk menanduk masuk gol pembukaan England pada minit ke-13.
![Mahasiswa perlu rasional dalam mendepani, memperjuang isu babitkan rakyat Sabah - Mustapha Mahasiswa perlu rasional dalam mendepani, memperjuang isu babitkan rakyat Sabah - Mustapha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718444283_MustaphaSakmud.jpg)
Mahasiswa perlu rasional dalam mendepani, memperjuang isu babitkan rakyat Sabah - Mustapha
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi ingatkan mahasiswa rasional dalam mendepani dan memperjuangkan sebarang isu membabitkan Sabah serta rakyatnya.
![Bapa pupuk minat bola sepak dalam diri anak sejak usia masih hijau Bapa pupuk minat bola sepak dalam diri anak sejak usia masih hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718535188_tbminatbolasepak.jpg)
Bapa pupuk minat bola sepak dalam diri anak sejak usia masih hijau
Lumrah seorang bapa pastinya mahukan terbaik buat anak mereka seawal usia muda dalam apa jua bidang diceburi.
![Brunei antara lima sumber pelancongan utama bagi Malaysia pada Januari-April Brunei antara lima sumber pelancongan utama bagi Malaysia pada Januari-April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689475529_TBBBandarSeriBegaw.jpg)
Brunei antara lima sumber pelancongan utama bagi Malaysia pada Januari-April
Lebih 390,000 pelawat dari Brunei lawat Malaysia bagi tempoh Januari hingga April 2024, menjadikan Brunei antara lima sumber pelancongan utama bagi negara ini.
![Imigresen komited tambah baik khidmat autogate di pintu masuk utama Imigresen komited tambah baik khidmat autogate di pintu masuk utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701866735_TBVisa.jpg)
Imigresen komited tambah baik khidmat autogate di pintu masuk utama
Jabatan Imigresen Malaysia komited dalam menambah baik perkhidmatan autogate di pintu masuk utama di negara ini iaitu pergerakan melalui KLIA.
![PM Thailand disahkan positif COVID-19 PM Thailand disahkan positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694770094_SretthaThavisinPh.jpg)
PM Thailand disahkan positif COVID-19
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin mengesahkan hari ini bahawa beliau positif COVID-19.
![Dua hilang, tiga selamat insiden bot karam di Belaga Dua hilang, tiga selamat insiden bot karam di Belaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718556694_TBbotkaram.jpg)
Dua hilang, tiga selamat insiden bot karam di Belaga
Dua penumpang hilang manakala tiga lagi terselamat dalam insiden bot karam di Long Menjawah, Sungai Rajang, Belaga, petang tadi.
Daftar JHEV, kemas kini maklumat untuk bantuan
Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disaran agar mendaftar dengan Jabatan Hal Ehawal Veteran (JHEV) ATM serta persatuan-persatuan di lokalti masing-masing dan mengemas kini maklumat semasa melalui sistem VIBES 2.0.
Rumah jadi tempat proses ketum diserbu
Polis menyerbu sebuah rumah pusaka yang dijadikan tempat memproses air ketum dan berjaya menahan dua lelaki, pada Sabtu.
![Ops Lejang: JPJ Kelantan keluar 241 notis kesalahan jalan raya Ops Lejang: JPJ Kelantan keluar 241 notis kesalahan jalan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718191462_TBMISUARI.jpg)
Ops Lejang: JPJ Kelantan keluar 241 notis kesalahan jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengeluarkan 241 notis termasuk saman dan sitaan atas pelbagai kesalahan jalan raya menerusi penguatkuasaan Ops Lejang.
![Kecuaian perubatan: Bekas CEO Prolintas terima pampasan RM5.1 juta Kecuaian perubatan: Bekas CEO Prolintas terima pampasan RM5.1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717758969_BedahGeneric.jpg)
Kecuaian perubatan: Bekas CEO Prolintas terima pampasan RM5.1 juta
Saman difailkan pada 2018 oleh plaintif terhadap sebuah hospital swasta, seorang pakar bedah ENT serta pakar bius (defendan).
![Bapa kanak-kanak 11 tahun pandu kereta di Sibu disaman Bapa kanak-kanak 11 tahun pandu kereta di Sibu disaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703147857_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Bapa kanak-kanak 11 tahun pandu kereta di Sibu disaman
Tindakan saman di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu dibuat setelah kanak-kanak berkenaan berjaya dikesan petang semalam.
![Rayuan Najib hadiri prosiding tuntutan sivil 1MDB ditolak Rayuan Najib hadiri prosiding tuntutan sivil 1MDB ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716969412_Najib.jpg)
Rayuan Najib hadiri prosiding tuntutan sivil 1MDB ditolak
Permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan beliau menghadiri prosiding tuntutan sivil 1MDB, ditolak.
![914 saman dikeluarkan kepada warga asing dalam Operasi Lejang Bersepadu 914 saman dikeluarkan kepada warga asing dalam Operasi Lejang Bersepadu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716953109_tbJPJwargaasing.jpg)
914 saman dikeluarkan kepada warga asing dalam Operasi Lejang Bersepadu
Sebanyak 276 kenderaan disita termasuk 13 motosikal roda tiga dalam operasi dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan itu.
![Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61612573995_WWF.jpg)
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
![Platform video Rumble saman Google kerana langgar peraturan persaingan Platform video Rumble saman Google kerana langgar peraturan persaingan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51628590599_GOOGLE.jpg)
Platform video Rumble saman Google kerana langgar peraturan persaingan
Platform hos video dalam talian, Rumble, telah mengemukakan saman ke atas Google dan Alphabet kerana melanggar peraturan persaingan semasa mempromosikan platform video YouTube.
![Barangan mewah lebih AS$346 juta: 1MDB, 10 syarikat saman Rosmah Barangan mewah lebih AS$346 juta: 1MDB, 10 syarikat saman Rosmah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715339486_TBROSMAHMANSOR.jpg)
Barangan mewah lebih AS$346 juta: 1MDB, 10 syarikat saman Rosmah
Kesemua syarikat itu antara lain menuntut Rosmah membayar AS$346,010,489 atau sejumlah amaun yang ditaksirkan oleh mahkamah.
![TikTok saman kerajaan AS TikTok saman kerajaan AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714194306_TBtiktokjpg.jpg)
TikTok saman kerajaan AS
Saman difailkan di Mahkamah Rayuan Daerah Colombia atas alasan ia mencabuli Perlembagaan.
![25 ditahan dalam operasi bersepadu Polis Kuala Lumpur 25 ditahan dalam operasi bersepadu Polis Kuala Lumpur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714954430_tbRusdiMohdIsa.jpg)
25 ditahan dalam operasi bersepadu Polis Kuala Lumpur
Operasi berkenaan melibatkan 12 pegawai dan 147 anggota polis, bermula 10 malam Sabtu dan berakhir 7 pagi Ahad.