awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bicara kes saman Anwar-Khairy ditetapkan 7 dan 8 Mei depan

Bernama
Bernama
24/10/2014
10:39 MYT
Bicara kes saman Anwar-Khairy ditetapkan 7 dan 8 Mei depan
Anwar (kiri) mendakwa Khairy telah mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah di dalam ucapannya di Lembah Pantai pada 2008.
Mahkamah Tinggi di sini menetapkan dua hari bermula 7 Mei 2015 untuk perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Pesuruhjaya Kehakiman S.M. Komathy Suppiah menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam J. Leela mewakili Anwar dan peguam Lew Cho Kang mewakili Khairy.
Lew ketika ditemui pemberita berkata mahkamah menetapkan 7 dan 8 Mei untuk perbicaraan selepas tarikh sebelum ini pada 4 dan 5 Dis dilapangkan, manakala 6 April ditetapkan untuk pengurusan kes.
Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy, dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' disiarkan dalam laman web, termasuk Malaysiakini.com.
Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, turut mendakwa klip video dalam Malaysiakini.com mengandungi sebahagian daripada ucapan Khairy di Lembah Pantai pada atau sekitar 20 Feb 2008.
Pada 20 Okt lepas, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada Khairy untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Okt tahun lepas, yang tidak membenarkan Khairy, yang juga Anggota Parlimen Rembau untuk meminda pernyataan pembelaannya dalam kes saman itu.
Beliau memfailkan permohonan untuk merayu di Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan pada 20 Ogos lepas menolak rayuannya untuk meminda pernyataan pembelaan itu.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Khairy Jamaluddin
#RM100 juta
#saman fitnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan