awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bicara kes SM Faisal: Anak lelaki sambung beri keterangan 13 Jan

Bernama
Bernama
05/01/2023
11:02 MYT
Bicara kes SM Faisal: Anak lelaki sambung beri keterangan 13 Jan
Anak lelaki kepada Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal dan Emilia Hanafi akan menyambung keterangannya pada 13 Jan ini dalam perbicaraan kes ahli perniagaan terkenal yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap bekas isteri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Anak lelaki kepada Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal dan Emilia Hanafi akan menyambung keterangannya pada 13 Jan ini dalam perbicaraan kes ahli perniagaan terkenal yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap bekas isteri.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Zahida Zakaria berkata, hari ini pihak peguam telah menyoal balas saksi pendakwaan pertama itu yang mula memberi keterangan pada 14 Dis tahun lepas.
"Sebelum ini, remaja itu tidak dapat menyambung keterangannya kerana menduduki peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE). Pihak peguam akan menyambung soal balas saksi itu pada tarikh tersebut (13 Jan)," katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding perbicaraan kes di hadapan Majistret Nadia Othman.
Perbicaraan hari ini yang dijalankan secara tertutup bermula 11.15 pagi dan ditangguhkan pada 4 petang itu, turut dihadiri TPR Nur Aishah Ahmad Zakiuddin.
Sementara itu, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili SM Faisal semasa ditemui media mengesahkan perkara itu.
SM Faisal, 44, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia, 43, yang ketika kejadian merupakan isterinya di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini antara 12.30 tengah hari dan 4.30 petang pada 22 Nov 2015.
Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes SM Faisal
#SM Faisal SM Nasimuddin Kamal
#Emilia Hanafi
#anak lelaki SM Faisal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan