awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bidaan nombor pendaftaran istimewa sempena Hari Kebangsaan bermula Khamis - Loke

Hilmi Malik
Hilmi Malik
29/08/2023
08:51 MYT
Bidaan nombor pendaftaran istimewa sempena Hari Kebangsaan bermula Khamis - Loke
Menteri Pengangkutan Anthony Loke melancarkan nombor pendaftaran istimewa pada sidang media mengenai bidaan nombor pendaftaran istimewa sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Kementerian Pengangkutan hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan nombor pendaftaran istimewa (NPI) yang dimulai dengan huruf M dan turut diakhiri dengan huruf M.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, bidaan bagi nombor pendaftaran tersebut akan bermula pada khamis yang boleh dibuat menerusi dalam talian JPJeBid.
"Tanda indeks nombor istimewa ini dipilih dengan membawa maksud dan lambang Malaysia Merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
“NPI yang dimaksudkan ialah tanda indeks prefiks M di hadapan dan sufiks M di belakang, iaitu siri M (nombor) M.
“Ia akan menjadi kenangan dan menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang boleh dibida pada Khamis bermula jam 12 malam sehingga 4 Disember dan tarikh keputusan akan diumumkan pada 5 September,” katanya ketika sidang media di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut, harga bidaan yang ditawarkan pihak JPJ bermula dengan kadar minimum RM300 sehingga RM20,000 mengikut kategori nombor pendaftaran.
“Mana-mana nombor pendaftaran yang berjaya dibida mestilah didaftarkan pada sesebuah kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat keputusan bidaan rasmi dikeluarkan.
“Orang awam dialu-alukan menyertai bidaan nombor pendaftaran istimewa (NPI) sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 melalui sistem JPJeBid sebagai saluran utama,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan
#JPJ
#Anthony Loke
#nombor pendaftaran istimewa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan