KUALA LUMPUR: Nombor pendaftaran kenderaan khas dengan awalan "UM" boleh dibida bermula esok, dengan harga bidaan minimum pada RM1,000.
Universiti Malaya (UM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan nombor pendaftaran tersebut merupakan satu simbol unik yang dapat dipaparkan pada kenderaan, dan ditawarkan kepada orang awam.
Naib Canselor UM Prof Datuk Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor dalam ucapan pelancaran bidaan nombor pendaftaran itu berkata ia bukan sekadar nombor plat kenderaan tetapi merupakan satu manifestasi seseorang sebagai "warga UM".
"Pembida juga secara tidak langsung menjadi penyumbang kepada dana pembangunan, penyelidikan dan kebajikan pelajar UM.
"Penjualan nombor pendaftaran kenderaan UM merupakan antara inisiatif penjanaan pendapatan universiti selain mempromosikan nama UM sebagai universiti terunggul dan antara yang terbaik di dunia," katanya seperti dipetik dalam kenyataan tersebut.
Menurut Mohd Hamdi, inisiatif itu juga disasarkan akan menarik lebih ramai alumni UM untuk memberi sumbangan kepada universiti itu, di samping mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak.
Sesi bidaan pertama yang berlangsung selama lima hari bermula 8 hingga 12 Mac 2021 menawarkan 100 nombor plat UM yang terdiri daripada tiga kategori iaitu Emas, Perak dan Gangsa, serta bidaan boleh dilakukan menerusi laman web https://hebat.um.edu.my.
Menurut kenyataan tersebut, UM merupakan universiti terbaik di Malaysia dan berada di kedudukan 59 terbaik di dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 07 2021

Nombor pendaftaran tersebut merupakan satu simbol unik yang dapat dipaparkan pada kenderaan, dan ditawarkan kepada orang awam. - Gambar fail

Lelaki warga emas maut dibunuh, lima lelaki ditahan
Helmi berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada 3.22 petang Ahad mengenai insiden pergaduhan di pondok itu.

Maldives pelawa syarikat Malaysia teroka peluang pelaburan sektor strategik - Presiden
Maldives mempelawa syarikat-syarikat Malaysia untuk meneroka peluang pelaburan baharu dalam sektor strategik susulan pembaharuan undang-undang di negara itu dalam usaha menarik pelabur asing.

YDF 2025 anjuran PRactitioners tingkat daya saing dalam bidang perhubungan awam
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata komunikasi strategik kini menjadi keperluan utama dalam pembangunan negara dan pertumbuhan generasi baharu.

AS tidak akan mengabaikan suara kolektif ASEAN - Penganalisis
Amerika Syarikat (AS) dijangka tidak akan membiarkan dasar mengenai kadar tarif yang tidak munasabah ke atas negara-negara ASEAN berterusan.

Malaysia, Vietnam sepakat teruskan bantuan kemanusiaan di Myanmar tanpa sekatan
Katanya, adalah penting supaya semua pihak meneruskan gencatan senjata bagi memastikan keselamatan pekerja bantuan kemanusiaan.

Kerajaan disaran guna firewall tapis aplikasi AI tidak selamat
Pembangunan AI perlu mematuhi peraturan keselamatan yang ketat dan tidak hanya bergantung kepada kawalan luaran.

'Scammer' sasar pesara, profesional, kerugian hampir RM9 juta di Kelantan
Kes jenayah penipuan dalam talian atau scam di Kelantan menunjukkan peningkatan berikutan kejadian yang berlaku hampir setiap hari, dengan nilai kerugian mencecah RM8.79 juta.

Terdapat keperluan tambah mesin pengimbas kargo - Kastam
Terdapat keperluan untuk menambah mesin pengimbas kargo di pelabuhan utama negara, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.

Kerajaan negeri disaran gubal undang-undang perkongsian data - Gobind
Kerajaan negeri digalakkan untuk menggubal undang-undang menyerupai Akta Perkongsian Data 2024 yang berkuat kuasa hari ini bagi memperluas usaha perkongsian data di seluruh negara.

PM Vietnam, Malaysia adakan perbincangan telefon mengenai perkembangan dua hala, serantau
Anwar memaklumkan mengenai inisiatif Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini dalam menangani isu-isu serantau yang turut dibincangkan dalam perbualan mereka pada 6 April lepas.

UM kekal institusi terunggul, raih pengiktirafan global dalam bidang undang-undang
Ia sekali gus mencatat sejarah dengan penyenaraian pertama bidang Undang-Undang dalam kumpulan 151-175 di peringkat global.

UM tutup dua premis 24 jam didakwa jual sandwic diragui halal
Universiti Malaya (UM) menutup dua premis jualan runcit 24 jam serta-merta berikutan dakwaan penemuan produk pek sandwic yang diragui halal.

Kes kucing mati ngeri di UM, semakan CCTV dapati diserang anjing liar - Polis
Siasatan polis mendapati kematian kucing di Universiti Malaya (UM) di sini, baru-baru ini dipercayai akibat serangan anjing liar.

Kematian kucing di UM: Dr Wan Azizah gesa siasatan menyeluruh
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa tindakan serta-merta dan siasatan menyeluruh dalam kes kematian kucing di UM.

UM, pihak berkuasa siasat dakwaan pensyarah lakukan gangguan seksual - KPT
Unit Integriti Universiti Malaya (UM) sedang menjalankan siasatan secara aktif berhubung kes gangguan seksual yang melibatkan seorang pensyarah universiti tersebut.

UM prihatin dengan kejadian kucing mati secara ngeri, buat satu lagi laporan polis
Kucing yang dikenali sebagai Lily ditemui mati dengan keempat-empat kakinya seperti dipotong dan mempunyai luka besar pada badan

Banjir di Universiti Malaya reda, laluan dibuka semula
Universiti Malaya (UM) memaklumkan kejadian banjir di sekitar kawasan kampusnya di sini telah reda dan laluan yang ditutup pagi tadi telah dibuka semula.

Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, jabatan itu menegaskan pihaknya kesal dan memandang serius terhadap perkara itu.

Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.

'Belajar di awan biru', Pusat Pendidikan Berterusan UM perkenal akses dalam kabin Malaysia Airlines
Hasil inisiatif Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya, kini orang ramai boleh mengakses pembelajaran di mana sahaja termasuk di dalam pesawat.