WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengecam pandangan yang dinyatakan oleh seteru Pilihan Raya 2024, Donald Trump.
Ia susulan cadangan Trump kepada Rusia untuk menyerang negara anggota Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang tidak memberi komitmen kewangan kepada pertubuhan pakatan itu.
Kata Biden, kenyataan yang dibuat oleh Trump itu amat bahaya dan tidak mempamerkan imej 'warga AS' di mata NATO.
"Hanya beberapa hari yang lalu, Trump memberi jemputan kepada Putin untuk menyerang beberapa sekutu kami, sekutu NATO.
"Dia berkata jika sekutu tidak membelanjakan wang yang mencukupi untuk pertahanan, dia akan menggalakkan Rusia untuk, memetik, 'Buat apa sahaja yang mereka mahu' di akhir petikan.
"Tiada Presiden lain dalam sejarah kita yang pernah tunduk kepada diktator Rusia," katanya.
Pada masa sama, Biden juga berkata komen Trump menjadikannya lebih mendesak supaya kongres meluluskan permintaan pembiayaannya yang telah lama terhenti untuk menyokong pertahanan Ukraine terhadap Rusia.
Beliau turut menggesa speaker Republikan, Mike Johnson membawa pakej bantuan ketenteraan bernilai AS$95.34 bilion untuk Ukraine, Israel dan Taiwan.
Menurutnya, kegagalan berbuat demikian akan menyamai sokongan untuk Presiden Rusia Vladimir Putin.
Malah, kegagalan memberi sokongan kepada pakej bantuan itu juga bermakna bukan sahaja serangan Rusia mungkin bergerak melangkaui sempadan Ukraine, tetapi juga sekitar negara Eropah yang lain.
Astro Awani
Wed Feb 14 2024
Kata Biden, kenyataan yang dibuat oleh Trump itu amat bahaya dan tidak mempamerkan imej 'warga AS' di mata NATO. - Foto fail/AP
SPRM terima aduan baharu berkaitan isu kontrak suami Hannah Yeoh
SPRM menerima beberapa aduan baharu berkaitan isu kontrak yang diterima oleh suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh daripada kerajaan Selangor.
Ketua sindiket antara 14 ditahan, dadah RM11.6 juta dirampas
Polis menahan 14 individu termasuk seorang ketua sindiket dan merampas dadah bernilai RM11.6 juta, dalam serbuan di sekitar Johor Bahru.
Suami isteri maut gara-gara kereta masuk laluan bertentangan
Kereta Proton Saga yang dipandu pelajar lelaki berusia 20 tahun telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal dinaiki mangsa.
Polis kesan suspek kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai
Polis sedang mengesan suspek kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong, di George Town semalam.
Tumpahan minyak lori terbakar hampir sebabkan gangguan air di Selangor
Tumpahan minyak daripada kenderaan itu berisiko menyebabkan pencemaran kepada sumber air berhampiran Sungai Lamiar dan seterusnya ke Sungai Labu, Selangor.
Raikan perpaduan, teras ke arah kemakmuran bersama
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan selamat Hari Gawai Dayak kepada seluruh masyarakat Dayak khususnya di Sarawak dan di mana sahaja mereka meraikan perayaan itu.
Alena & Velvet ajak anda 'berjugit' Gawai ini
Pemain sape Alena Murang dan penyanyi Velvet Aduk mengajak anda 'berjugit betanda' sempena kemeriahan sambutan pesta menuai kali ini. 'Berjugit Betanda Menari' lagu rancak yang disulamkan dengan rentak etnik ini adalah karya pertama dua duo ini yang turut dinyanyikan dalam bahasa Iban dan Dusun.
Majikan perlu awasi pekerja, walaupun bekerja dari rumah
Perkara ini selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 yang dipinda, yang mula berkuat kuasa hari ini.
Ibu bapa diugut bunuh, Iman Troye tidak buat laporan polis
Kerap menjadi mangsa buli siber, penyanyi Iman Troye mengakui pernah berdepan ugutan bunuh terhadap kedua-dua ibu bapanya.
Remaja maut dua motosikal bertembung
Nahas meragut nyawa seorang pembantu kedai makan, Amirul Amin Abdussalam, akibat cedera parah pada kepala dan anggota badan.
Tiada siapa boleh atasi undang-undang - Presiden Joe Biden
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata keputusan ke atas Donald Trump yang didapati bersalah dalam perbicaraan memalsukan rekod perniagaan membuktikan tiada siapa boleh mengatasi undang-undang.
Hamas positif dengan cadangan Biden berdasarkan gencatan senjata kekal
Hamas bersetuju cadangan Biden berdasarkan beberapa perkara termasuk pengunduran sepenuhnya tentera Israel dari Semenanjung Gaza.
Ketua PBB sambut baik pelan gencatan senjata Biden
Dalam catatannya di Platform X, Antonio Guterres berkata sudah tiba masanya untuk perang ini dihentikan.
Hamas perlu terima cadangan Biden demi keamanan - Menteri Luar UK
Cameron juga menyeru agar konflik dan pertikaian yang berlaku dalam krisis antara Israel dan Hamas, segera ditamatkan.
Biden seru Hamas setuju perjanjian gencatan senjata
Katanya, ini pentas untuk penyelesaian politik yang menyediakan masa depan yang lebih baik untuk Israel dan Palestin.
Biden selar waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, menteri Israel
Biden turut menyifatkan permohonan pendakwa raya ICC untuk keluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Israel sebagai keterlaluan.
Penghantaran pertama bantuan kemanusiaan AS tiba di Gaza
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Jumaat mengumumkan kejayaan penghantaran pertama bantuan ke Semenanjung Gaza melalui dermaga kemanusiaan multinasional.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Laporan Amerika dedahkan Israel salah guna bantuan senjata
Pentadbiran Joe Biden mendapati Israel menggunakan bantuan senjata dari AS tanpa mengikut lunas undang-undang antarabangsa.
AS-Israel tidak sehaluan lagi kerana ofensif Rafah
Hubungan Amerika Syarikat (AS) dan Israel semakin tegang selepas Presiden Joe Biden memberi amaran tegas tentang rancangan ofensif berskala besar itu.