KERAP menjadi mangsa buli siber, penyanyi Iman Troye mengakui pernah berdepan ugutan bunuh terhadap kedua-dua ibu bapanya.
Malah, dedah Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 21, dia juga pernah diancam untuk dicederakan oleh individu tidak dikenali di media sosial.
"Ada sampai ugut nak bunuh ibu bapa saya, jadi buat apa nak layan, selagi ia tidak menjejaskan kehidupan saya. Saya rasa ia pun sekadar cakap-cakap ayam.
"Dia cakap suatu hari nanti kalau jumpa nak bunuh parents saya dan pukul saya. Tapi saya ambil endah tak endah," katanya kepada Gempak.
Tak buat laporan polis
Iman yang ditemui pada majlis Raikan Keputusan SPM anjuran Pusat Tuisyen PTTI baru-baru ini bagaimanapun tidak membuat laporan polis terhadap ancaman itu.
"Saya tak buat sebarang laporan polis, saya rasa itu budak yang komen. Mungkin terlepas cakap atau saja nak menyakitkan hati saya. Jadi, saya tak layan sangat.
"Kalau mengancam keluarga atau keselamatan, mestilah akan buat laporan polis, kalau ia datang daripada budak-budak, tidaklah," katanya.
Pelantun lagu Harum Sundal Malam itu juga akui dirinya merupakan individu yang gemar membaca komen atau kiriman mesej berkaitan dirinya, biarpun ada yang berbaur negatif dan provokatif.
"Saya suka baca komen, DM, posting orang yang seangkatan dengannya yang berkaitan dengan saya. Tapi apabila saya rasa saya tak boleh nak kawal, saya akan berhenti dan cari orang sekeliling saya.
"Saya akan ambil segala komen positif dan negatif untuk dijadikan panduan dan memotivasikan diri saya. Saya fikir, masih ada yang cakna tentang hidup saya dan ingin tegur kesalahan saya. Jadi saya harus bersyukur dan ambil ia secara positif," tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Iman bakal melancarkan lagu terbaharunya berjudul Kemboja dan akan menangguhkan seketika pengajian peringkat diploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang muzik.
*Artikel disiarkan di Gempak
Gempak
Sat Jun 01 2024
Iman Troye akui dirinya merupakan individu yang gemar membaca komen atau kiriman mesej berkaitan dirinya, biarpun ada yang berbaur negatif dan provokatif. - Foto Gempak
"Jangan 'overkill', jangan terlebih, jangan melampau" -YB Pasir Gudang
YB Pasir Gudang mengatakan bahawa penggunaan SOSMA terhadap ahli GISB adalah satu penganiayaan.
Beliau menambah, mereka ini tidak boleh dianggap seperti 'terrorist' seperti di Lahat Datu.
Beliau menambah, mereka ini tidak boleh dianggap seperti 'terrorist' seperti di Lahat Datu.
GISBH: Penilaian kognitif awal dilakukan ke atas 385 kanak-kanak
Menteri KPWKM memaklumkan bahawa kementeriannya telah menjalankan penilaian fizikal dan penilaian kognitif ke atas kanak-kanak berumur tujuh ke atas yang diletakkan dibawah jagaan sementara selepas ditahan oleh pihak berkuasa.
Hasil dari penilaian tersebut menunjukkan peratusan rendah bagi kanak-kanak yang mengalami kecelaruan kognitif yang teruk.
Hasil dari penilaian tersebut menunjukkan peratusan rendah bagi kanak-kanak yang mengalami kecelaruan kognitif yang teruk.
Sistem pengaliran tersumbat punca tanah runtuh di Taman Melawati - Alexander
Kejadian tanah runtuh di Taman Melawati pagi Selasa dipercayai berpunca daripada kegagalan sistem pengaliran longkang di Jalan G2, yang tersumbat.
Shazalli Ramly dilantik Penasihat Media dan Komunikasi Strategik PMO
Pelantikan Mohammed Shazalli adalah bagi menggantikan Allahyarham Rozaid Abdul Rahman yang meninggal dunia pada 18 Ogos.
Dakwaan RUU Mufti digubal tergesa-gesa tidak benar - Mohd Na'im
Dakwaan kononnya Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 digubal secara tergesa-gesa dan dipengaruhi pihak tertentu adalah tidak benar.
Kanada, India saling usir diplomat atas tuduhan membunuh
Kanada mengusir enam diplomat India selepas siasatan polis mengenai aktiviti jenayah mendedahkan kempen keganasan terhadap pembangkang.
Penyokong Evo Morales bantah tuduhan rogol remaja
Penyokong bekas Presiden Bolivia, Evo Morales mengadakan tunjuk perasaan yang berlangsung dalam suasana tegang susulan tuduhan rogol dikenakan terhadap bekas pemimpin itu pada Isnin.
Tanah runtuh Taman Melawati: Lebih 300 penduduk dipindah ke dewan serba guna - Polis
Kira-kira 300 penduduk melibatkan 20 rumah diarah mengosongkan kediaman mereka berikutan insiden runtuhan tanah yang berlaku di lereng bukit Taman Melawati, akibat hujan lebat, pada Selasa.
Penyokong Kamala Harris berhimpun naik 'buggy'
Penyokong calon presiden Demokrat dan Naib Presiden A.S. Kamala Harris berhimpun menaiki buggy di sebuah komuniti persaraan di Florida pada Isnin.
Pelantikan Presiden Prabowo sebagai presiden Ahad ini
Ibu negara Indonesia, Jakarta bakal menyaksikan pelantikan presiden dan timbalan presiden negara yang ke lapan pada Ahad ini.
Ibu bapa diugut bunuh, Iman Troye tidak buat laporan polis
Kerap menjadi mangsa buli siber, penyanyi Iman Troye mengakui pernah berdepan ugutan bunuh terhadap kedua-dua ibu bapanya.
Belajar dalam talian percuma dan berkesan
Pelajar Tingkatan Satu hingga Lima boleh memuat turun aplikasi PTTI Better Result dan boleh belajar secara -live- mengikut jadual yang ditetapkan.
Iman Troye, Naim Daniel bertunang?
Kalau betul apa salahnya.
COVID-19: Iman Troye mohon maaf gara-gara tweet 'Happy 6.9k'
Iman yang popular dengan lagu "Teman" telah dikecam teruk oleh netizen kerana dianggap tidak sensitif dengan situasi berkenaan.
Iman Troye gembira lagu Pejam Celik Hari Raya curi tumpuan pendengar
belum sampai sebulan diperdengarkan kepada peminat, lagu ciptaan Ezra Kong itu sudah mendapat hampir 7 juta tontonan di laman sosial YouTube.
PKP 2.0: Iman Troye rangka strategi dekatkan diri pada peminat
Penyanyi berusia 19 tahun ini menggunakan sepenuhnya media sosial sepanjang PKP untuk berhubung dengan peminat.