KUALA LUMPUR: Bilik Gerakan Bencana (BigBen) Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarah beroperasi dari 8 pagi hingga 12 tengah malam tujuh hari seminggu berikutan peningkatan kes bencana alam terutama di Johor dan Pahang.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata operasi itu membabitkan seluruh staf Cawangan Senggara Fasiliti Jalan JKR dengan empat pelaporan situasi semasa setiap hari.
"Saya mohon semua penduduk di kawasan terlibat untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh agensi yang bertugas.
"JKR akan sentiasa bersiap-siaga dan saya telah mengarahkan pasukan JKR untuk memberi bantuan segera yang sewajarnya," menurutnya dalam hantaran di laman Facebook semalam.
Beliau berkata setakat 6 petang, 51 lokasi di seluruh negara telah terkesan akibat bencana alam dengan 23 dilaporkan di Jalan Persekutuan dan 28 di Jalan Negeri manakala Pahang serta Johor masing-masing merekodkan 19 dan 20 lokasi terjejas tertinggi.
Berdasarkan perkongsian data bencana di seluruh negara di BigBen JKR setakat 6 petang itu, sebanyak 31 kes banjir, 12 melibatkan insiden cerun runtuh, empat insiden jalan runtuh, tiga kes jambatan rosak atau runtuh dan satu kes jalan mendap.
Maklumat terkini lokasi terlibat dan bencana boleh dirujuk di laman rasmi BigBen JKR di Facebook.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 08 2024
NANTA: Saya mohon semua penduduk di kawasan terlibat untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh agensi yang bertugas. - Foto fail/BERNAMA
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
BigBen JKR diarah beroperasi dari 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari - Nanta
Operasi membabitkan seluruh staf Cawangan Senggara Fasiliti Jalan JKR dengan empat pelaporan situasi semasa setiap hari.