awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bijak dan berbakat, anak muda Malaysia 20 tahun terima biasiswa NASA

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
01/05/2020
11:45 MYT
Bijak dan berbakat, anak muda Malaysia 20 tahun terima biasiswa NASA
Azhar Ali, melayakkan diri dalam kalangan 1% skor terbaik dalam cabaran mereka cipta sut angkasa lepas untuk ke Marikh
Luar biasa.
Kebijaksanaan seorang anak muda berusia 20 tahun dari Malaysia berjaya membuatkannya terpilih untuk menerima biasiswa daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Negara (NASA).
Azhar Ali, melayakkan diri dalam kalangan 1 peratus skor terbaik dalam cabaran mereka cipta sut angkasa lepas untuk ke Marikh.
Merusi ciapan di laman Twitternya, Azhar mengakui terkejut selepas dimaklumkan menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah oleh NASA.
Menurutnya, dia tidak menyangka akan menerima tawaran biasiswa itu selepas menyertai cabaran reka bentuk sut angka lepas bagi misi Artemis pada 2024.
NASA IS GIVING ME A SCHOLARSHIP !? Ya Allah, I NEVER thought of of this when I joined the Artemis Challenge. Alhamdulillah. The challenge was to design a spacesuit that would adjust to the Artemis 2024 mission to Mars, and thanks to @rafiqhilmi_ s question, I made it. Syukur pic.twitter.com/w6aCahmZdN
— Saturn (@theotherazharal) April 30, 2020
Rekaan Azhar memperoleh markah setinggi 96.77 peratus dengan kriteria yang merangkumi aspek kos, ujian lapangan serta logik dan konsisten
Rekaan Azhar memperoleh markah setinggi 96.77 peratus dengan kriteria yang merangkumi aspek kos, ujian lapangan serta logik dan konsisten
Dalam NASA Artemis Engagement 2020, lebih 3 juta orang peserta perlu mereka cipta sut angkasa untuk program Artemis, iaitu program di mana NASA akan menghantar angkasawan lelaki dan perempuan ke bulan pada 2024 kelak.
Rekaan Azhar memperoleh markah setinggi 96.77 peratus dengan kriteria yang merangkumi aspek kos, ujian lapangan serta logik dan konsisten.
Selain itu, turut ditawarkan untuk menjadi sebahagian dari Young Artemis Scientist.
Dalam NASA Artemis Engagement 2020,  lebih 3 juta orang peserta perlu mereka cipta sut angkasa untuk program Artemis
Dalam NASA Artemis Engagement 2020, lebih 3 juta orang peserta perlu mereka cipta sut angkasa untuk program Artemis
Azhar turut mengajak setiap rakyat Malaysia yang berminat untuk turut menyertai program dan cabaran Citizen Scientists kendalian NASA.
Perkongsian Azhar mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan kejayaan itu sebagai satu kebanggaan negara dan mendoakan Azhar terus berjaya.
Tahniah Saudara Azhar. Kejayaan yang amat membanggakan. Semoga terus maju jaya. https://t.co/DDVUu3aJsO
— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) May 1, 2020
Antara lain, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaludin yang turut mempelawa Azhar untuk menyertai MOSTI serta para saintis muda untuk mendapatkan biasiswa berprestij kementerian itu.
Congratulations! Happy to welcome you to @officialmosti & the Malaysian Space Agency soon to see how we can encourage more of our young scientists to win prestigious scholarships.
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) April 30, 2020
Topic Berkaitan
#Artemis
#Azhar Ali
#bakat
#biasiswa
#NASA
#Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan