KUALA LUMPUR:Selepas beberapa hari kekal melebihi empat angka, bilangan kes baharu COVID-19 pada Rabu menurun kepada tiga angka iaitu sebanyak 660 kes.

Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan lapan kluster baharu telah dikenal pasti di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.

Berikut lima perkara penting sidang media disampaikan Dr Noor Hisham.

1. 630 kes pulih menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 37,254 kes

2. 660 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 50,390 kes.

3. Empat kematian dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 322 kes.


4. Kluster Kencana, Kluster Bah Sintok, Kluster Seri Anggerik diumumkan tamat.

5. Kluster Sabaru, Kluster Tomher, Kluster Garden, Kluster Putra-18, Kluster Murni, Kluster Seri Pasir, Kluster Besi Demak dan Kluster Parit Kassan adalah kluster baharu.