awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bilangan mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 900 orang

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
19/12/2020
20:18 MYT
Bilangan mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 900 orang
Polis marin berkawal di sepanjang Sungai Golok, Pasir Mas, susulan peningkatan paras air sungai yang boleh memudahkan penyeludup menjalankan aktiviti mereka, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat, 19 Dis, 2020. --fotoBERNAMA
KOTA BHARU:Situasi banjir di Kelantan terus mencatatkan peningkatan mangsa banjir dipindahkan yang mencecah 901 orang membabitkan 261 keluarga setakat tengah malam tadi.
Gua Musang daerah terbaharu dilanda banjir, membabitkan perpindahan 13 orang di Kampung Limau Kasturi.
Daerah Pasir Mas mencatatkan sejumlah 504 mangsa banjir, yang dipindahkan ke lapan pusat pemindahan sementara (PPS).
Kuala Krai mencatatkan 204 mangsa banjir manakala Tanah Merah membabitkan 158 orang.
Dua batang sungai utama, Sungai Galas di Gua Musang dan Sungai Golok di Rantau Panjang, masih mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya.
Hujan diramalkan berlaku di kesemua kawasan di negeri ini pada Ahad.
Stesyen penyukat hujan di Gunung Gagau Satu, pedalaman Kelantan, merekodkan bacaan jumlah taburan hujan yang tinggi dengan kadar 70 milimeter.
Hujan juga dijangka turun secara berterusan di pedalaman negeri ini yang boleh mengundang peningkatan paras air Sungai Kelantan.
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#banjir
#Kelantan
#mangsa banjir
#memburuk
#makin serius
#bertambah
#hujan
#pedalaman
#Sungai
#Rantau Panjang
#Sungai Golok
#Sungai Galas
#bahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan