awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bilangan penganggur terus menurun 0.1% pada Mei 2024 - DOSM

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
10/07/2024
04:15 MYT
Bilangan penganggur terus menurun 0.1% pada Mei 2024 - DOSM
Kedudukan ekonomi yang optimis pada bulan berkenaan telah membolehkan pasaran buruh negara terus berkembang dengan stabil, kata Jabatan Perangkaan Malaysia. - Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Bilangan penganggur dalam negara terus menurun pada Mei lalu pada jumlah 566.1 ribu orang, dengan kadar kekal 3.3 peratus, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Mengulas prestasi keseluruhan bagi bulan Mei 2024, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, kedudukan ekonomi yang optimis pada bulan berkenaan telah membolehkan pasaran buruh negara terus berkembang dengan stabil.
"Bilangan tenaga buruh pada bulan Mei 2024 terus mengukuh iaitu sebanyak 0.1 peratus merekodkan 17.15 juta orang, berbanding bulan sebelumnya, 17.12 juta orang.
"Kadar penyertaan tenaga buruh kekal pada 70.3 peratus, seperti yang direkodkan bulan lalu," jelasnya.
Mohd Uzir turut menjelaskan, bilangan penduduk bekerja kekal dalam trend positif, dengan peningkatan bulan ke bulan sebanyak 0.1 peratus kepada 16.58 juta orang.
"Bilangan penganggur turun sedikit iaitu sebanyak 0.1 peratus daripada 566.4 ribu orang pada bulan April 2024 kepada 566.1 ribu orang pada bulan Mei 2024.
"Kadar pengangguran pada bulan tersebut tidak berubah iaitu pada 3.3 peratus," tambahnya.
Sementara itu, kategori pekerja merangkumi 75.1 peratus daripada jumlah penduduk bekerja, meningkat sebanyak 0.1 peratus kepada 12.44 juta orang berbanding 12.43 juta orang pada April 2024.
Sementara kategori penduduk bekerja sendiri terus berada pada trend menaik iaitu dengan pertambahan sebanyak 0.3 peratus kepada 3.05 juta orang.
Topic Berkaitan
#tenaga buruh
#DoSM
#bilangan penganggur
#pengangguran turun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan