awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tarif 25 peratus AS ke atas negara rakan dagang Iran satu penjajahan - Mohamad Hasan
Hotel digesa patuhi amalan terbaik industri bagi melindungi imej Malaysia
Indonesia bayar gaji hari kepada petani pulihkan sawah padi di Sumatera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bilik kelas SMK Taman Keramat terbakar

Sinar Harian
Sinar Harian
07/09/2019
23:34 MYT
Bilik kelas SMK Taman Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah bilik kelas di SMK Taman Keramat yang digunakan untuk mata pelajaran Sains Rumah Tangga. Foto JBPM
Tidak tahu apa puncanya, sebuah kelas di tingkat satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Keramat hangus dalam kejadian kebakaran malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 8.15 malam.
Menurutnya, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dan BBP Pandan bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat.
Menurut komander operasi, kebakaran melibatkan sebuah bilik kelas yang digunakan untuk mata pelajaran Sains Rumah Tangga (SRT).
"Ruang berkeluasan 20 x 20 kaki persegi itu terbakar 100 peratus.
"Tiada mangsa atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini," katanya.
Foto JBPM
Foto JBPM
Beliau berkata, anggota bomba berjaya mengawal api dari merebak ke bilik kelas bersebelahan.
Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#Ampang
#api merebak
#bilik kelas
#bomba
#Hafisham Mohd Noor
#hangus
#JBPM
#kebakaran
#PANDAN
#sekolah
#SMK Taman Keramat
#terbakar 100 peratus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan