MERBOK: Seorang imam dari Masjid Al-Busyra di sini menyifatkan cadangan pembinaan hotel bernilai RM2.4 juta dalam kawasan masjid berkenaan bukanlah satu pembaziran sebaliknya memberi manfaat kepada musafir sekali gus impak besar kepada perkembangan ekonomi Islam.
Pengerusi Masjid merangkap Imam Masjid Al-Busyra, Mohd Firdaus Mat Akhir berkata, kemudahan itu akan memberi keselesaan kepada musafir untuk melaksanakan ibadat dengan lebih baik.
Menurutnya, pembinaan hotel juga bakal menyediakan peluang pekerjaan kepada anak kariah terutama penduduk tempatan yang masih menganggur.
"Dengan adanya hotel ini telah menambah satu lagi kemudahan di Masjid Al-Busyra, sebelum ini kita telah pun ada medan selera, dobi layan diri, telaga wakaf, spa muslimah, tempat gunting rambut dan cuci kereta serta lain-lain.
"Ia secara tidak langsung menarik lebih ramai berkunjung ke masjid, dalam masa sama, melaksanakan tuntutan utama beribadat," jelas beliau dalam hantaran di media sosial miliknya.
Baru-baru ini, Sinar Harian melaporkan bahawa Mohd Firdaus telah melancarkan kutipan RM2.40 melalui 'live' bagi mencukupkan dana berjumlah RM2.4 juta untuk pembinaan hotel di masjid berkenaan.
Lebih menarik, kutipan di media sosial itu berjaya meraih sebanyak RM245,452 termasuk lebih RM100,000 kutipan terkumpul lebih awal sebelum 'live' bermula.
"Ini salah satu cara beri pahala kepada penyumbang dengan melakukan amal kebaikan, biarpun telah meninggal dunia, namun amalan bersedekah, infak dan wakaf akan beri manfaat pahala berpanjangan selagi hotel itu beroperasi," katanya.
Beliau berkata, dengan terlaksana projek berkenaan, ia sekali gus mencapai matlamat masjid sebagai pusat sehenti.
"Inilah cara kita kembangkan dana wakaf dan infak, dalam masa sama, mampu meningkatkan ekonomi Islam secara menyeluruh," katanya.
Jelasnya, setakat ini, kutipan bagi pembinaan hotel tersebut berjaya mencecah RM575,000.
Sebelum ini, projek naik taraf Masjid Al-Busyra menjadi tular kerana masjid usang yang berada di kawasan luar bandar itu telah ditransformasikan menjadi sebuah masjid mesra musafir berkonsepkan kawasan Rehat & Rawat (R&R) iaitu lebih moden dan komprehensif.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank bernombor 5521-8953-2234 atas nama Masjid Al-Busyra Merbok. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 12 2024
Projek naik taraf Masjid Al-Busyra menjadi tular kerana berjaya mengubah keadaan daripada sebuah masjid usang di luar bandar kepada pusat sehenti ekonomi masyarakat. - Gambar/ Masjid Al-Busyra
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Akaun Fleksibel: Memahami impak, jangkaan selepas pengeluaran
Pengenalan akaun 3 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menawarkan kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada tabungan dalam kadar tertentu bagi tujuan perbelanjaan kecemasan atau saat-saat diperlukan.
Bazar Ramadan di pekarangan masjid? Kenapa tidak...
Masjid bukan sekadar rumah ibadah umat Islam, ia juga simbol penyatuan ummah dan peradaban Islam.