Berikutan janji yang pernah dibuat oleh Nurul Izzah Anwar untuk membawa kumpulan rock, Radiohead, ke Malaysia sekiranya Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14, netizen kini mula tertanya-tanya bila janji tersebut akan dikotakan.
Anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata janji berkenaan akan diuruskan selepas selesai Ramadan bagi menghormati bulan mulia itu, di samping memberi laluan kepada isu-isu lain yang lebih memerlukan perhatian.
"Kita kena follow fiqh of priorities (iaitu) mengikut prinsip keutamaan (dalam Islam). Ramadan bulan untuk mencari pahala. Saya akan bawa selepas Ramadan.
"Kita (juga perlu) jaga ekonomi (Malaysia) dulu," katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu Program Bicara Nine11 terbitan Bernama News Channel di sini pada Khamis.
Anak sulung pasangan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu berkata, beliau komited untuk menunaikan janji yang dibuatnya lima tahun lalu.
Komitmen tersebut turut dinyatakan beliau di laman media sosial Twitternya baru-baru ini.
“Indeed. A promise is a promise #PostRamadanDiscussion. Now get on to work! (Semestinya. Janji tetap janji#Perbincangan Selepas Ramadan. Kini perlu bekerja)," ujar beliau.
Nurul Izzah berkata urusan untuk membawa kumpulan kegemarannya yang berasal dari Abingdon, Oxfordshire itu bakal melibatkan banyak perbincangan termasuk beberapa prasyarat tertentu yang perlu diambil kira supaya tiada kebimbangan dibangkitkan kelak.
"Jadi sudah tentu saya akan melakukan sedaya upaya. Tetapi, subjek kepada beberapa perkara yang perlu diambil kira," jelas beliau.
Ditubuhkan pada 1985, kumpulan Radiohead terkenal dengan lagu-lagu seperti Creep, No Surprises, Karma Police, Exit Music, High and Dry dan My Iron Lung.
Kumpulan rock Inggeris itu dianggotai oleh Thom Yorke (penyanyi, gitaris dan pemain piano), Jonny Greenwood (gitaris utama dan keyboard), Colin Greenwood (bass), Ed O'Brien (gitaris, penyanyi latar) dan Philip Selway (pemain dram dan instrumen prekusi). -- Bernama
Bernama
Thu May 24 2018
Nurul Izzah berkata janji berkenaan akan diuruskan selepas selesai Ramadan bagi menghormati bulan mulia ini. - BERNAMA/Fail
Empat stesen monorel ditutup sementara - Rapid Rail
Stesen terbabit ialah Stesen Monorel Bukit Nanas, Stesen Monorel Raja Chulan, Stesen Monorel Bukit Bintang dan Stesen Monorel Imbi.
[TERKINI] Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari lalu pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, kini Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, berbulan selepas sedar ada kesan sampingan
Vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di EU selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik "kebenaran pemasarannya."
Pembangunan pelajar perlu dinilai secara holistik
Keseluruhan pembangunan murid perlu dilihat secara holistik termasuk mengambil kira pencapaian dalam akademik, kokurikulum serta potensi dalam bidang lain.
KBS akan tambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands
Kementerian Belia dan Sukan berhasrat untuk menambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands bagi memberi sokongan kepada atlet di kawasan itu sehingga ke peringkat akar umbi.
Bekerja sambil lewa mengkhianati amanah - Mufti P. Pinang
Jika seseorang pegawai atau pekerja tidak bersungguh-sungguh menunaikan pekerjaannya atau bekerja sekadar "melepaskan batuk di tangga" sahaja maka dia dikira mengkhianati amanah.
Faisal Halim semakin stabil
Faisal selesai jalani pembedahan kedua yang berlangsung selama tiga jam petang semalam.
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
PM Anwar dijangka tiba di sempadan Rafah Jun ini, hantar bantuan ke Gaza - Nik Nazmi
Misi tersebut bukti komitmen dan keseriusan Kerajaan dalam membantu rakyat Palestin yang sedang menghadapi kesengsaraan akibat perang di Gaza.
NACP: Ketirisan RM277 bilion dalam 5 tahun sangat menggemparkan - PM Anwar
Jumlah ketirisan sehingga mencecah RM277 bilion dalam tempoh lima tahun seperti yang didedahkan SPRM adalah angka yang menggemparkan, kata Anwar.
Landskap ekonomi negara lebih baik jika penjawat awam cekap, pantas laksana tugas - PM
Sekiranya semua penjawat awam mengamalkan cekap dan pantas dalam tugas seharian, Malaysia akan jadi perhatian dunia, kata Perdana Menteri.
Perdana Menteri akan bertemu Petronas untuk bincang mengenai projek di Pengerang
Beliau berkata terdapat satu lagi aspek yang perlu dibincangkan berhubung komitmen Saudi Aramco memperluas fasiliti di Pengerang.
Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024 berlangsung hari ini
Tema persidangan 'Kesatuan Dalam Kepelbagaian', sangat penting memandangkan ia satu daripada isu mendesak pada masa ini.
DSA dan NATSEC Asia 2024 diunjur jana limpahan ekonomi berjumlah RM700 juta
1,324 syarikat dari 60 negara menyertai DSA dan NATSEC Asia 2024 mulai 6 hingga 9 Mei, meliputi keluasan 48,000 meter persegi ruang pameran.
PM Anwar mahu Jabatan Imigresen bergerak sebagai satu pasukan mantap
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Jabatan Imigresen bergerak sebagai satu pasukan yang mantap dengan niat ikhlas untuk membawa perubahan.
Isu kasino Forest City: Polis rekod keterangan petugas portal bahasa Inggeris
Polis merakam keterangan seorang petugas media sebuah portal berbahasa Inggeris bagi membantu siasatan berhubung penerbitan artikel mengenai kasino di Forest City.
Syed Saddiq fail semakan tindakan PM, kerajaan henti peruntukan untuk Muar
Syed Saddiq dan tiga pengundi memfailkan permohonan kebenaran untuk mendapatkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi berhubung tindakan pemberhentian peruntukan untuk Parlimen Muar.
Ambil contoh kelulusan sehari di Arab Saudi - PM
Anwar berkata, kecekapan dan kepantasan memberi kelulusan segera itu seterusnya membolehkan negara berkenaan melonjak tinggi.