awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bincang topik berbaur lucah di Telegram: Jakim kemuka aduan rasmi kepada MCMC

Bernama
Bernama
22/05/2023
21:00 MYT
Bincang topik berbaur lucah di Telegram: Jakim kemuka aduan rasmi kepada MCMC
Mohd Na'im memaklumkan, perkara itu sedang dalam tindakan serta siasatan lanjut MCMC di bawah Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung kewujudan akaun Telegram yang membincangkan topik lucah kendalian seorang wanita.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan perkara itu sedang dalam tindakan serta siasatan lanjut MCMC di bawah Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
"Berkenaan memanggil dan membuat pertemuan dengan wanita berkenaan, JAKIM telah berhubung dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memandangkan pihak berkenaan menetap di negeri Terengganu.
"Pihak JAKIM juga telah dimaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh pihak JHEAT bagi membolehkan satu siasatan dilakukan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan mengenai seorang wanita yang didakwa menyebarkan fahaman menyimpang daripada syarak berkaitan perhubungan suami isteri dan menggunakan platform kumpulan Telegram untuk menyebarkan dakyah itu.
Antara dakyah yang dipromosikan oleh wanita itu ialah menyuruh suami merogol isteri dan isteri melayani suami umpama pelacur selain terdapat kiriman di dalam kumpulan Telegram itu yang menyuruh para suami menyakiti isteri jika enggan melayani mereka. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#JAKIM
#Telegram
#lucah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan