awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biodiversiti Malaysia mampu lonjak imej IPT, tarik pelajar luar negara

Astro Awani
Astro Awani
29/03/2023
05:30 MYT
Biodiversiti Malaysia mampu lonjak imej IPT, tarik pelajar luar negara
Malaysia mempunyai kepelbagaian bio antara tertinggi di dunia sebaris dengan negara seperti China, India, Brazil, Colombia, Ecuador, Venezuela, Madagascar, Afrika Selatan, Australia dan Papua New Guinea. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Institusi pendidikan tinggi (IPT) tempatan disaran memanfaatkan sumber biodiversiti yang terdapat di Malaysia bagi menarik minat pelajar antarabangsa untuk menyambung pengajian di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof. Datuk Mohammad Shatar Sabran berkata, Malaysia antara negara yang mempunyai biodiversiti tertinggi di dunia, justeru faktor itu pasti mampu menjadi tarikan pelajar untuk mengikuti bidang berkaitan di IPT tempatan.
Katanya, kelebihan mempunyai bioversiti yang luar biasa tidak memberi keuntungan kepada pembangunan pendidikan tinggi negara sekiranya tidak ditonjolkan kepada masyarakat global.
"Jadi, IPT tempatan perlu menjadi juara dalam bidang biodiversiti sebelum universiti luar mengunggulinya dengan memperbanyak kajian berkaitan dengan biodiversiti kerana mampu menarik pelajar asing terutama dari negara maju.
"Kajian dibuat boleh berkisarkan mengenai khasiat tumbuhan kita seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan masih banyak khazanah hutan yang belum diterokai selain penyelidikan mengenai kehidupan dasar laut kerana kita ada terumbu karang antara yang terbaik di dunia," katanya dalam satu kenyataan.
Malaysia mempunyai kepelbagaian bio antara tertinggi di dunia sebaris dengan negara seperti China, India, Brazil, Colombia, Ecuador, Venezuela, Madagascar, Afrika Selatan, Australia dan Papua New Guinea.
Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, kelebihan biodiversiti itu perlu seiring dengan penjagaan alam sekitar yang baik.
Katanya, Malaysia sering diselubungi masalah jerebu dan pencemaran air, justeru universiti tempatan perlu menonjolkan tujahan yang berkaitan dengan alam sekitar bagi mencari mekanisme terbaik untuk menyelesaikannya.
"Kita mahu IPT optimumkan sumber yang ada di negara ini dengan pelbagai penyelidikan dan kajian supaya mampu menarik bakat terbaik dari seluruh pelosok dunia.
"Usaha ini akan mampu merealisasikan hasrat Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk menjadikan Malaysia hab bakat dan pengetahuan atau pusat ilmu sejagat," katanya.
Topic Berkaitan
#IPT
#sumber biodiversiti
#MQA
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan