awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BioProtein Powder muncul juara minggu keenam INNOVATHON 2

Astro Awani
Astro Awani
06/01/2025
03:27 MYT
BioProtein Powder muncul juara minggu keenam INNOVATHON 2
BioProtein Powder muncul juara minggu keenam program INNOVATHON 2. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: BioProtein Powder muncul juara minggu keenam program realiti sains dan inovasi, INNOVATHON 2, yang disiarkan pada malam Sabtu lalu.
Inovasi ini menarik perhatian juri dengan pembentangan yang jelas serta teknologi yang praktikal.
Dalam sesi tersebut, Prof Dr Azizi Ayob memperkenalkan teknologi baharu yang mampu menukarkan bioprotein cecair kepada bentuk serbuk yang lebih stabil secara kimia dan fizikal.
Proses inovatif ini memanjangkan jangka hayat produk daripada enam bulan kepada 18 bulan, menjadikannya lebih mudah disimpan dan digunakan.
Sebelum ini, bioprotein cecair sering menghadapi masalah tarikh luput yang pendek, mengurangkan keberkesanannya untuk aplikasi jangka panjang.
Inovasi ini bukan sahaja menjimatkan kos pengeluaran tetapi juga mengekalkan keberkesanannya dalam merawat luka kronik, trauma dan ulser.
Serbuk bioprotein ini telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kini sedang menjalani proses pendaftaran untuk penilaian kualiti, keselamatan, dan keberkesanan.
INNOVATHON musim kedua terus mengangkat martabat inovasi rakyat dengan memadukan elemen sains, teknologi, dan kreativiti dalam usaha menyelesaikan isu sosioekonomi negara.
Program ini menampilkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, sebagai juri tetap.
Turut menyertai panel juri adalah selebriti terkenal, Erra Fazira, yang memeriahkan lagi program tersebut.
Topic Berkaitan
#inovasi
#BioProtein Powder
#teknologi baharu
#INNOVATHON
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan