awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biro Kebajikan UMNO bantu pelajar mangsa banjir di Terengganu

Astro Awani
Astro Awani
02/01/2017
12:11 MYT
Biro Kebajikan UMNO bantu pelajar mangsa banjir di Terengganu
SHAMSUL ANUAR: Biro Kebajikan UMNO mengambil langkah proaktif membantu mangsa banjir bagi meringankan beban ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah. - Gambar fail
Susulan banjir yang melanda Terengganu, Biro Kebajikan UMNO mengambil langkah proaktif membantu mangsa banjir bagi meringankan beban ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah.
Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata UMNO bersetuju untuk menyalurkan sumbangan berupa pakaian, beg sekolah dan kasut dalam masa terdekat kepada mereka yang terjejas.
Jelasnya, keputusan itu dipersetujui bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu dalam perbincangan yang dilakukan pada Ahad.
"Sumbangan kelengkapan persekolahan bernilai lebih RM100 seorang itu akan menggunakan sistem kupon dan mesyuarat penyelarasan akan dilaksanakan tidak lama lagi antara Biro Kebajikan UMNO Malaysia bersama UMNO Negeri Terengganu.
"Kita akan mendapatkan kerjasama daripada Badan Perhubungan UMNO Terengganu yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman untuk penyelarasan angka sebenar pelajar-pelajar yang perlu dibantu nanti.
"Mekanismenya akan ditentukan nanti di mana kita akan membawa pembekal pakaian untuk dipadankan dengan saiz pelajar kerana kita tidak mahu nanti saiz pakaian anak-anak tidak padan dan perlu dibaiki dan ini akan menyusahkan ibu bapa," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ahmad Razif pada Ahad.
Shamsul Anuar berkata setakat ini Biro Kebajikan UMNO Malaysia memberikan tumpuan memberi bantuan berbentuk keperluan persekolahan ekoran bencana banjir di Terengganu kerana dimaklumkan kerajaan negeri dan agensi kerajaan yang lain turut memberi bantuan kepada mangsa banjir.
Katanya bantuan yang diusahakan Biro Kebajikan UMNO adalah tindakan segera pihaknya yang dilakukan sebagaimana arahan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak jika berlaku sebarang bencana seumpama itu.
Topic Berkaitan
#Badan Perhubungan UMNO Terengganu
#Biro Kebajikan UMNO
#Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan