PUTRAJAYA: Puas dan berbangga. Itulah yang dirasai Sarjan Saidatul Husna Kamarudin, usai lompatan mengagumkannya merentasi 66 motosikal Royal Enfield pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di sini hari ini.
Lebih membanggakan, lompatan pertama kali di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah itu disempurnakan pada hari lahir ke-35 Saidatul Husna hari ini.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang teruja melihat aksi mendebarkan Saidatul Husna memberikan tepuk sanjungan kepada anak kelahiran Kedah itu yang turut mendapat tepukan gemuruh daripada ribuan pengunjung yang hadir di Dataran Putrajaya pagi ini.
"Aura lompatan hari ini cukup hebat dan lain dari lompatan-lompatan saya sebelum ini. Buat lompatan merentasi 66 motosikal Royal Enfield di hadapan (Yang di-Pertuan) Agong dan Permaisuri Agong serta disaksikan lautan manusia di kiri dan kanan landasan cukup mendebarkan.
"Seperti kebiasaan sebelum buat lompatan, saya kosongkan fikiran dan banyakkan berdoa berharap semuanya dilancarkan. Keluarga yang hadir menyaksikan saya di sini turut menyumbang selesaikan amanah yang besar ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Tambah wanita yang telah 13 tahun menyertai pasukan Akrobatik Motosikal Tentera Darat Army Red Warrior itu, masalah teknikal yang dihadapi motosikal jenis Scrambler Kawasaki 250cc kendaliannya pada sesi raptai penuh Selasa lepas sedikit mencemaskannya.
Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut pasukan mekanik akhirnya membolehkan lompatan paling jauh dalam rekod peribadi dan pasukan Army Red Warrior berjaya disempurnakan hari ini.
"Alhamdulillah berkat kerjasama rakan sepasukan yang umpama satu keluarga ini, semuanya berjalan lancar. Kami saling menyokong antara satu sama lain untuk jayakan setiap misi lebih-lebih lagi misi besar untuk negara, hari ini," kata ibu kepada seorang cahaya mata itu.
Saidatul Husna sebelum ini pernah mencipta rekod Lompatan Motosikal Terpanjang (Wanita) yang dicatatkan di Malaysia Books of Record (MBOR) pada persembahan TATU Tentera Darat (TDM) bersempena Hari Tentera Darat ke-90 di Port Dickson, Negeri Sembilan, Mac lepas.
Lompatan ekstrem bermotosikal oleh Saidatul Husna merupakan antara persembahan menarik Army Red Warrior sempena Hari Kebangsaan 2023 selain aksi akrobatik motosikal melibatkan motosikal carrier menerusi aksi penunggang membawa motosikal menaiki tangga setinggi lapan kaki, formasi bunga raflesia, tugu negara dan merak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 31 2023
Persembahan Sarjan Saidatul merentasi 66 motosikal Royal Enfield di hadapan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya hari ini. --fotoBERNAMA
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China
Tokoh bahasa dan persuratan negara, Senator Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan menerima Anugerah Persahabatan Kerajaan China bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-75 negara itu, di sini, hari ini.
Kerajaan zahir penghargaan persembahan 'human graphic', petugas sambutan Hari Kebangsaan - Fahmi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim arahkan Kementerian Komunikasi untuk mempertimbangkan buah tangan sebagai penghargaan kepada pasukan human graphic.
[KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan
Artikel majalah Economist mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mendapat sokongan Barat sebelum ini.
Hari Kebangsaan Ke-67 disambut sederhana tapi meriah di New York
Semangat Malaysia yang mengiringi perwakilan di sana menjadi sambutan Hari Kebangsaan kali ini sangat bermakna.
Jadikan semangat Hari Kebangsaan ke-67 pendorong tingkat prestasi - PM Anwar
Suasana Sambutan Hari Kebangsaan pada Sabtu membuktikan bahawa rakyat Malaysia berupaya lakukan sesuatu dengan jauh lebih baik jika ada kesungguhan.
Konsulat Malaysia di Pontianak anjur majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67
Konsulat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat mengadakan majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67 pada malam Sabtu yang dihadiri 300 tetamu termasuk Pemangku Gabenor Kalimantan Barat, Harisson dan iste
Warga Amerika Mr. T cipta lagu khas sempena Hari Kebangsaan
Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 bukan sahaja dirasai rakyat Malaysia, tetapi juga pelancong asing melalui pelbagai cara termasuk mencipta lagu khas bersempena dengan hari bersejarah.
Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik
Perhimpunan itu memberikan ruang untuk komuniti Malaysia menjalin hubungan, meraikan warisan bersama, dan memperkukuh identiti kebangsaan mereka.
Semangat patriotisme melangkaui sempadan: Kadet Malaysia di USAFA sambut merdeka
Para kadet itu yang menghayati semangat Merdeka berkongsi pandangan mereka mengenai kepentingan hari bersejarah ini.
Biden ucap Selamat Hari Kebangsaan kepada rakyat Malaysia
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67 kepada seluruh rakyat Malaysia.