KUALA LUMPUR: Inisiatif Bitara MADANI bagi mengurangkan kesesakan pesakit di Jabatan Kecemasan di hospital kerajaan yang dilaksanakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selangor berjaya mengurangkan jumlah pesakit rawatan kecemasan Zon Hijau sehingga 70 peratus.
Ketua Jabatan berkenaan Dr Ahmad Tajuddin Mohamad Nor berkata projek rintis inisiatif itu yang dilaksanakan di jabatan itu sejak Mac lepas menyaksikan langkah penyuraian pesakit rawatan kecemasan bukan sekunder dihantar ke klinik kesihatan (KK).
Beliau berkata sebelum inisiatif Bitara MADANI dilaksanakan, kedatangan pesakit mencecah 350 orang sehari, malah jika tiada intervensi dilakukan jumlah pesakit boleh mencecah 400 orang sehari dengan purata 10 peratus pesakit kes Zon Merah, Zon Kuning (30 peratus) dan Zon Hijau (60 peratus).
"Perkhidmatan kesihatan kepakaran kesihatan keluarga atau primer yang ditawarkan di klinik-klinik daerah Klang ini merangkumi skop bukan kecemasan, keperluan rawatan kesihatan lazim pelbagai umur termasuk ibu mengandung dan bayi termasuklah saringan, pengesanan, diagnos, kawalan dan preventif.
"Jabatan Kecemasan dan Trauma (JKT) pula memainkan peranan rawatan sekunder iaitu untuk situasi kecemasan membahayakan nyawa, anggota badan atau organ, penyakit akut yang rumit atau melarat," katanya kepada Bernama.
Selain itu, menerusi inisiatif berkenaan masyarakat juga dibantu untuk membuat keputusan dan pilihan yang lebih tepat semasa mendapatkan perkhidmatan yang sesuai dengan masalah kesihatan mereka.
Langkah itu katanya, dapat meningkatkan akses masyarakat kepada kesihatan primer di KK dan pada masa yang sama meningkatkan akses kepada perkhidmatan kecemasan di jabatan kecemasan terutamanya untuk kes separa krikal atau Zon Kuning.
"Fokus JKT juga menjadi lebih jelas iaitu peranan sebenar perkhidmatan kecemasan HTAR boleh dilaksanakan dan diberikan kepada individu berpenyakit akut atau kecederaan yang lebih serius dan tenat termasuk situasi-situasi peka masa seperti serangan jantung, strok dan polytrauma," katanya.
Pakar Perunding Kecemasan itu berkata waktu menunggu atau giliran untuk mendapat rawatan awal pesakit luar masih terkawal seperti penilaian pertama doktor kecemasan, menunggu untuk menjalankan ujian pengimejan diagnostik dan makmal.
Beliau berkata aspek proses kerja yang efisien dan dinamik kerja berpasukan yang baik dalam kalangan petugas barisan hadapan daripada pelbagai unit juga antara pendorong menjayakan perkhidmatan yang bermutu kepada pesakit di jabatan kecemasan.
Dr Ahmad Tajuddin berkata beberapa indikator atau petunjuk prestasi untuk mengukur keberhasilan inisiatif turut digariskan, termasuk waktu menunggu untuk pesakit Zon Hijau kurang dari satu jam.
"Sasaran kita ke arah lebih 50 peratus (jumlah pesakit menunggu kurang satu jam) dalam masa enam bulan pertama dan pencapaian ketika ini adalah sekitar 40 peratus.
"Sasaran ketepatan penyuraian pesakit Zon Hijau menerusi pemantauan kes yang perlu datang semula ke JKT selepas pergi ke KK adalah bawah lima peratus dan pencapaian kini adalah 0.7 hingga 0.8 peratus iaitu lebih kecil atau sifar adalah lebih bagus," katanya.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa memaklumkan menerusi projek rintis itu, langkah intervensi yang dilakukan dengan memindahkan operasi Zon Hijau (bukan kecemasan) JKT HTAR ke Klinik Kesihatan Bandar Botanik (KKBB) di luar waktu operasi bermula pada 25 Mac lepas dengan KKBB melanjutkan waktu operasi hingga 9.30 malam setiap hari.
Inisiatif Bitara MADANI memberi fokus kepada penyelesaian terhadap kesulitan dan masalah yang dihadapi rakyat meningkatkan kualiti, kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam dalam memastikan kesejahteraan rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata projek Bitara MADANI sentiasa mendukung rukun Malaysia MADANI dan menggunakan pendekatan 'The Whole of Government' (pendekatan keseluruhan kerajaan) dengan ketua projek terdiri daripada pegawai kanan perkhidmatan awam di kementerian atau jabatan yang berbeza dengan kementerian atau jabatan yang bertanggungjawab terhadap projek yang dikenal pasti.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 12 2023
Menerusi projek rintis inisiatif Bitara MADANI, langkah intervensi yang dilakukan ialah dengan memindahkan operasi Zon Hijau JKT HTAR ke KK Bandar Botanik di luar waktu operasi bermula 25 Mac lepas. - Facebook HTAR
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Mayat budak yang dijumpai di Sg Sireh dibedah siasat
Ibu bapa William Yau, kanak-kanak yang hilang sejak seminggu lepas, diminta ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang bagi mengenal pasti satu mayat kanak-kanak yang ditemui.