KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sebagai manifestasi penghargaan kerajaan terhadap usaha keras penjawat awam dalam menjalankan tanggungjawab.
Presidennya Datuk Adnan Mat berkata bantuan yang diberikan itu juga membuktikan Perdana Menteri sentiasa terbuka mendengar pandangan daripada pihaknya walaupun pada awalnya dilaporkan kerajaan tidak akan memperuntukkan sebarang bantuan khas untuk Aidilfitri memandangkan penjawat awam telah menerima bayaran insentif awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada Februari lepas.
Beliau berkata Cuepacs merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana bersetuju untuk memberikan BKK Aidilfitri itu.
"Alhamdulillah akhirnya YAB Perdana Menteri beri pertimbangan wajar bagi membantu penjawat awam. Cuepacs yakin pertimbangan yang diberikan kerajaan hari ini memberikan kelegaan kepada semua penjawat awam.
"Cuepacs memahami situasi semasa dan keputusan yang dibuat kerajaan dengan keadaan ekonomi ketika ini. Cuepacs berharap penjawat awam akan terus memberi komitmen penuh dalam menjalankan khidmat bakti tanpa berbelah bahagi kepada rakyat dan negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pagi tadi Anwar mengumumkan keputusan kerajaan untuk memberikan BKK Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan dibayar Jumaat ini, di samping RM250 kepada pesara kerajaan, termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.
Adnan berkata pihaknya percaya bantuan khas yang diterima oleh penjawat awam ini turut memberi manfaat dan kesan secara tidak langsung kepada ekonomi negara.
"Dari sudut yang lebih luas, pemberian bantuan khas kewangan ini secara tidak langsung memberi impak yang positif kepada ekonomi dan rakyat apabila wang itu beredar di pasaran.
"Bantuan kewangan itu sudah pasti akan dibelanjakan untuk membeli barangan keperluan dan ia akan memanfaatkan peniaga-peniaga kecil, pasar raya besar dan sektor-sektor ekonomi yang lain," katanya.
Sementara itu Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) turut menyambut baik pengumuman BKK Aidilfitri yang disifatkannya memberi kelegaan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan dalam membantu keluarga masing-masing untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Presiden MTUC Mohd Effendy Abdul Ghani berharap supaya inisiatif seperti itu dicontohi juga oleh pihak swasta memandangkan ia mampu meningkatkan moral pekerja dan memberi manfaat kepada komuniti secara keseluruhan.
"Memberi bantuan khas kepada pekerja pada waktu-waktu penting seperti Aidilfitri menunjukkan tanggungjawab sosial korporat dan menghargai sumbangan pekerja terhadap organisasi.
"Tindakan seperti ini juga dapat memperkuatkan hubungan antara majikan dan pekerja serta meningkatkan imej korporat. Apabila pihak swasta turut memberi bantuan khas semasa perayaan, ia mencerminkan komitmen mereka terhadap kesejahteraan pekerja dan masyarakat secara keseluruhan," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu pesara kerajaan, Abdul Jalal Ibrahim berterima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan dalam memberikan BKK Aidilfitri kepada golongan sepertinya.
Beliau berkata pemberian itu sangat membantu dalam meringankan bebannya sekeluarga menjelang perayaan satu Syawal.
"Saya harap bantuan ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang, dan jumlahnya ditingkatkan sedikit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024
Adnan berkata Cuepacs merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana bersetuju untuk memberikan BKK Aidilfitri itu. - Gambar fail/Bernama
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan
Cuepacs berharap masih terdapat ruang perbincangan antara pihaknya dengan kerajaan sebelum dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen, dilaksanakan.
Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis
Langkah itu wajar dilaksana bagi membolehkan jumlah bayaran balik pinjaman lebih rendah sekali gus membantu rakyat yang berdepan isu kos sara hidup.
Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki
Dijangka turut menyentuh soal desakan kongres tersebut yang meminta kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam.
Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs
Perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok itu adalah cubaan untuk mempolitikkan perkhidmatan awam.
Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs
Wajar dipraktikkan oleh semua pihak yang berurusan dengan mana-mana organisasi tidak kira jabatan kerajaan mahupun swasta.
Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden
Lantikan warden berkenaan bagi membolehkan anggota penjawat awam menjalankan tugas sebagai warden secara sepenuh masa.
Jangan mansuh cuti tahunan petugas barisan hadapan yang tidak dihabiskan - Cuepacs
Cuepacs mohon kerajaan supaya memberi pertimbangan ke atas cuti yang tidak dihabiskan semasa berhadapan pandemik.
Cuepacs harap pelantikan PM baharu tamatkan sengketa politik dalam kalangan pemimpin
Cuepacs juga katanya memohon agar Perdana Menteri menstrukturkan semula setiap kementerian supaya fungsinya lebih tersusun dan terkoordinasi.
Penjawat awam terus beri khidmat berkualiti, berkesan untuk rakyat - Cuepacs
Perkhidmatan awam adalah tonggak kepada pentadbiran kerajaan dan perlu bertindak secara profesional.
KPM perlu beri keutamaan tiga aspek ambil guru baharu - Cuepacs
Tiga elemen itu perlu diberi penekanan kerana cabaran yang dihadapi dalam dunia perguruan ketika ini amat besar.