awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Blinken rakam penghargaan kepada Malaysia bantu proses evakuasi dua rakyat Amerika Syarikat - Zambry

Bernama
Bernama
01/05/2023
12:48 MYT
Blinken rakam penghargaan kepada Malaysia bantu proses evakuasi dua rakyat Amerika Syarikat - Zambry
Dr Zambry berkata perkara itu telah disampaikan Antony Blinken menerusi satu panggilan telefon hari ini. - Gambar Wisma Putra
PUTRAJAYA: Amerika Syarikat telah merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia atas bantuan membawa keluar dua orang warganegaranya semasa proses evakuasi rakyat Malaysia dari Sudan.
Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata perkara itu telah disampaikan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken menerusi satu panggilan telefon hari ini.
"Usaha yang dilakukan oleh pihak wakil Malaysia yang diketuai oleh Wisma Putra jelas membuktikan bahawa bantuan yang diberikan tanpa mengira warganegara sangat-sangat dihargai sehingga sanggup berhadapan dengan risiko yang tinggi," kata Zambry dalam satu kenyataan.
Katanya, dalam perbualan telefon itu, beliau dan Bliken juga telah bertukar-tukar pandangan mengenai kerjasama dua hala seperti peluang kerjasama perdagangan dan pelaburan, pertukaran lawatan, ekonomi digital, dan perubahan iklim, serta membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.
"Kedua-dua pihak sepakat untuk terus melaksanakan usaha-usaha memperkukuhkan Perkongsian Komprehensif Malaysia-Amerika Syarikat.
"Semoga hubungan antara Malaysia-Amerika Syarikat dapat terus kekal dan mencapai tahap yang lebih tinggi dalam konteks dua negara dalam pelbagai bidang," katanya.
Pada Khamis, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata 30 rakyat Malaysia yang diselamatkan dari Khartoum, dijadualkan pulang hari ini.
Kumpulan itu termasuk 22 rakyat negara asing iaitu 14 warga Singapura, enam warga Kemboja dan dua warga Amerika.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wisma Putra
#Amerika Syarikat
#pelaburan
#evakuasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan