Pengerusi Barisan Nasional Selangor Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan aku janji khusus BN bagi negeri itu yang menggariskan tujuh teras utama merangkumi segenap aspek anjakan kualiti sosio-ekonomi, pendidikan, keselamatan serta ekosistem hijau.
Di bawah tujuh teras berkenaan, BN Selangor mengemukakan 56 janjinya kepada rakyat.
Bertemakan Menepati Janji, Membawa Harapan, antaranya, BN berjanji memberi air percuma 20 meter padu dan membiayai kos menukar meter bekalan air pukal kepada meter individu secara percuma.
"Rakyat Selangor jangan kena tipu sekali lagi. 5 tahun sudah cukup membuktikan kegagalan Pakatan Rakyat menunaikan janji," kata Najib.
BN Selangor turun ke medan tempur politik dengan menggalas senjata utamanya iaitu keupayaan melunaskan segala janji dan pengurusan ekonomi yang mantap di peringkat pusat.
"KDNK begitu besar di Selangor ini. Status negara maju bermula di selangor," tegas Najib.
Sebanyak 11 janji terkandung di bawah teras strategik 'Masa Depan Lebih Cerah' bermatlamat meringankan beban kewangan setiap warga Selangor.
Antaranya, memberi bantuan sara hidup minimum RM250 kepada ibu tunggal, warga emas, OKU dan rakyat miskin. BN juga berjanji mewujudkan pusat-pusat penjagaan anak untuk ibu-bapa bekerja di bandar-bandar utama. Pengecualian cukai pintu kepada pemilik rumah kos rendah serta pengurangan cukai pintu, tanah dan perniagaan.
Di bawah teras kedua iaitu 'Masyarakat Lebih Prihatin Lebih Penyayang', BN menggariskan pelan membina konsep "komuniti rakyat" yang menekankan kerjasama erat NGO dan kerajaan.
Antara lain, BN Selangor berjanji menyediakan kemudahan WIFI dan jalur lebar percuma di kawasan-kawasan strategik seluruh Selangor. Selain itu, dana-dana khas diperuntukkan untuk setiap segmen kemasyarakatan, dari Majlis Perwakilan Perbandaran hingga rumah-rumah ibadat.
Untuk teras ketiga, 'Kualiti Kehidupuan Lebih Selamat dan Sejahtera', BN menekankan tentang persekitaran selamat serta memperkenalkan amalan pengurusan bencana yang berkesan. Antara yang ditawarkan ialah mewujudkan Model Bandar Selamat, menaiktaraf dan menambah bilangan Pihak Berkuasa Tempatan PBT.
Teras keempat pula memberi fokus kepada mewujudkan perumahan mampu milik. 14 janji digariskan yang terdiri daripada tawaran untuk membina lebih 65,000 rumah mampu milik kepada pelbagai segmen masyarakat. Selain itu, BN berikrar mengembalikan peranan utama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dalam menyediakan perumahan terbaik untuk masyarakat.
Dalam usaha menjadikan Selangor lebih inovatif dan berdaya saing, teras kelima menggariskan 11 janji yang terdiri daripada dana serta insentif memenuhi keperluan pendidikan dari tadika hingga peringkat universiti. Malah, BN berjanji mengembalikan semula peranan utama Yayasan Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan UNISEL sebagai institusi kecemerlangan pendidikan anak Selangor.
"Paling penting, kita berjanji meneruskan penubuhan UiTM Selangor di Serendah yang dirampas tanahnya oleh Pakatan Rakyat," tegas Najib ketika menghurai ringkas teras strategik kelima.
Sementara teras strategik keenam 'Selangor Lebih Progresif, BN Selangor berjanji membangunkan koridor baru 'Selangor Global Logistic Hub' membabitkan kawasan antara Pelabuhan Klang, Kota Raja dan KLIA di Sepang. Ia dapat membuka 560,000 peluang pekerjaan.
"Kami juga menawarkan skim mikrokredit sayangi Selangor dengan dana RM250 juta untuk modal mula berniaga," kata Najib.
Teras akhir iaitu 'Selangor Lebih Mesra, Alam Lebih Bersih', BN menawarkan modenisasi pengurusan sampah serta penjanaan tenaga diperbaharui dengan kaedah baru.
Pakatan Rakyat Selangor umum manifesto esok
Sementara itu, Pakatan Rakyat bakal mengumumkan manifesto dan senarai calon untuk negeri itu pada Khamis dalam satu majlis di Dataran Kemerdekaan di Shah Alam, malam esok.
Ia akan diumumkan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim bertindak sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Rakyat negeri.
Manifesto pemerintah negeri itu dijangka tertumpu kepada pengstrukturan semula air, dana untuk pembinaan rumah mampu milik serta pelan pembangunan wanita dan golongan muda dalam sektor perniagaan.
Pakatan Rakyat menggalas cabaran besar dalam usahanya mempertahankan negeri itu ekoran beberapa isu yang membangkitkan kemarahan rakyat termasuk soal pengurusan dan bekalan air.
Pada masa sama, ia juga diselubungi tanggapan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat itu dikuasai oleh DAP serta polemik penggunaan kalimah Allah dalam Bible.
Dalam pilihan raya 2008, kerjasama PKR, Pas dan DAP menafikan penguasaan BN di Selangor apabila menang 36 daripada 56 kerusi DUN.
Selangor merupakan negeri yang menyaksikan peningkatan pengundi baru paling tinggi iaitu sebanyak lebih 455,000 orang bagi pilihan raya umum ini.
Selangor merupakan negeri terkaya di Malaysia, menduduki tangga pertama dengan sumbangan tertinggi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 23 peratus.
Ashwad Ismail
Wed Apr 17 2013
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.