KUALA LUMPUR : Kemenangan undi Barisan Nasional (BN) telah dijangkakan berdasarkan corak pengundian yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri Melaka yang lepas, ujar Penganalisis Keselamatan dan Politik, Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Noor Nirwandy Mat Noordin.
Jelasnya, antara yang mungkin menyumbang dalam kemenangan pilihan raya lalu adalah kecenderungan undi tentera kepada BN.
Dalam masa sama, ia turut disokong faktor undi popular Menteri Pertahanan yang mempunyai rekod yang baik dalam pengurusan hal ehwal kebajikan anggota tentera dan imej Menteri Pertahanan yang positif.
"Faktor individu perlu diperakui menjadi faktor kemenangan dalam mana-mana pilihan raya khususnya pilihan raya umum negeri dan ini memberi kelebihan pada BN kerana Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah antara Menteri Pertahanan yang popular dalam kalangan anggota tentera," katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.
BACA: PRN Johor: BN menang majoriti dua pertiga, bentuk kerajaan negeri
Tambahnya lagi, kestabilan kerajaan adalalah sebahagian daripada aspek keselamatan negara.
Justeru, anggota tentera juga menyumbang kepada pembentukan kerajaan negeri yang kuat dalam aspek menstabilkan politik negara dengan mengundi gabungan yang boleh menjalankan tadbir urus sektoral dengan baik termasuk elemen pertahanan negara.
PRN Johor menyaksikan, BN berjaya menawan 40 DUN Johor dan menguasai pengundian hampir semua saluran di kem-kem tentera di negeri itu.
Seramai 11,057 pengundi tentera dan pasangan mereka mengundi di 10 DUN dan antara DUN yang terlibat ialah Mahkota, Senggarang, Tenggaroh, Pasir Raja, Tanjong Surat dan Permas.
BACA: PM Ismail Sabri ucap tahniah kemenangan BN, berterima kasih kepada pengundi
KEPUTUSAN PENUH PRN JOHOR 2022
Astro Awani
Sun Mar 13 2022

PRN Johor menyaksikan, BN berjaya menawan 40 DUN Johor dan menguasai pengundian hampir semua saluran di kem-kem tentera di negeri itu. - Bernama

PN hanya terbuka kerjasama dengan UMNO demi masa depan rakyat – Hamzah
Menurut Hamzah, kenyataan yang dikeluarkannya dalam podcast Keluar Sekejap baru-baru ini disalah tafsir.

BYD atasi Tesla, catat pendapatan AS$107.2 bilion pada 2024
Pendapatan tersebut meningkat 29 peratus berbanding tahun sebelumnya, melebihi unjuran Bloomberg sebanyak CN766 bilion.

Pemandu kereta rempuh penunggang motosikal bawah jejambat ditahan
Siasatan awal mendapati, penunggang motosikal yang berhenti di lorong kecemasan di bawah jejambat, dirempuh sebuah kereta dari belakang.

'Yayasan Amal Malaysia terima dana USAID - fitnah jahat'
Mohd Razali berkata, YAM beroperasi secara bebas dengan berlandaskan prinsip ketelusan, integriti dan kebertanggungjawaban dalam setiap inisiatif.

Agensi pelarian PBB gantung hampir semua bantuan perubatan di Mesir
Mulai sekarang, agensi PBB hanya boleh membiayai rawatan kecemasan dalam situasi yang mengancam nyawa, kata jurucakap UNHCR.

Turkiye penting untuk keselamatan Eropah, kata Erdogan
Erdogan menegaskan bahawa Eropah tidak boleh memastikan keselamatannya tanpa Turkiye.

Pesuruhjaya Perdagangan EU ke Washington untuk elak perang perdagangan
Sefcovic dijadualkan bertemu dengan Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick, dan Wakil Perdagangan, Jamieson Greer.

Angola tarik diri sebagai pengantara konflik DR Congo - Presiden
Pengantara baharu akan dikenal pasti dalam beberapa hari akan datang, kata presiden Angola dalam satu kenyataan.

Kesuma galak syarikat media buat caruman wartawan, jurufoto sambilan
Setakat tahun lepas, seramai 700 orang wartawan dan 500 jurugambar sambilan telah melakukan caruman dalam skim perlindungan sosial.

Singapura rampas e-vaporiser bernilai lebih AS$150,000
HSA dan ICA memaklumkan bahawa e-vaporiser tersebut dirampas dalam dua operasi berasingan.

UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.

Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.

Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.

Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.