JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi membentuk kerajaan negeri yang kukuh di negeri itu.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh ketika mengumumkan keputusan rasmi berkata, BN memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Dalam pada itu, beliau berkata Pakatan Harapan (PH) memenangi 11 kerusi, manakala PKR hanya menang satu daripada 20 kerusi yang ditandingi.
Untuk PRN Johor, hanya DAP dan Amanah bertanding menggunakan logo PH.
KEPUTUSAN PRN JOHOR DI SINI
SEMUA BERHUBUNG PRN JOHOR DI SINI
Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu); Pas dan Gerakan pula menang tiga daripada 56 kerusi yang ditandingi gabungan itu.
Sementara itu, Parti MUDA pimpinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga hanya memenangi satu kerusi.
Calon MUDA, Amira Aisya Abd Aziz menang di kerusi DUN Puteri Wangsa.
Selain itu, Parti Warisan yang melebarkan sayap ke Semenanjung pula gagal memenangi mana-mana kerusi DUN.
Hasimi Muhamad
Sat Mar 12 2022
![[RASMI] PRN Johor: BN menang majoriti dua pertiga, bentuk kerajaan negeri [RASMI] PRN Johor: BN menang majoriti dua pertiga, bentuk kerajaan negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81647103673_PengerusiBarisanNa.jpg)
BN memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan. - Gambar/ Bernama
Nang best! Konsert Nidji Pelangi di Kuching 2025 memukau
Penduduk diingatkan tidak panik terima notis ambil alih tanah
Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya berkata, bagi pakej 33, 34 dan 35 yang melibatkan 80.2 kilometer di Telupid, projek tersebut kini memasuki fasa kritikal, melibatkan kerja-kerja awal dan pembersihan tapak.
Analisis klip video skandal rasuah ADUN Sabah dijangka siap dalam seminggu
Klip video yang berkaitan skandal rasuah melibatkan beberapa ahli ADUN Sabah tentang isu perlesenan lombong mineral akan siap dalam tempoh seminggu lagi.
AirBorneo bakal lebar sayap ke semua ibu kota ASEAN
Dengan rancangan penerbangan ke setiap ibu kota negara ASEAN, AirBorneo baka; menjadikan perjalanan dan permiagaan dalam kalangan negara naggota menjadi lebih mudah dan pantas.
Hajiji gesa agensi pellaksana pantau perkembangan projek
V
KDNK sabah meningkat kepada RM83.2 bilion tahun lepas - Hajiji
Sabah menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang positif dengan KDNK meningkat kepada RM83.2 bilion tahun lepas.
Ketua Menterinya, Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan pencapaian ini hasil kerjasama pelbagai pihak.
Ketua Menterinya, Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan pencapaian ini hasil kerjasama pelbagai pihak.
Keluarga mangsa kes tembak tuntut keadilan
V
Pantau Agenda Reformasi: Malaysia ke arah bandar mampan berteknologi pintar
Norliza Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif URBANICE Malaysia

KPM kenal pasti penempatan sementara pelajar terjejas kebakaran asrama - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengenal pasti penempatan sementara bagi pelajar terjejas akibat kebakaran blok asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak di ibu negara, semalam.

PM Anwar harap hubungan diplomatik Malaysia, Mesir terus kukuh
Dalam pertemuan tersebut, Nasr memaklumkan bahawa hubungan diplomatik antara kedua-dua negara sahabat semakin erat di bawah kepimpinan Kerajaan MADANI.

UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.

Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.

Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.

Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.