Barisan Nasional (BN), yang sekian lama merancang dan melaksanakan agenda pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara, merupakan pilihan terbaik untuk dipilih rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata rakyat perlu menimbangkan tentang tiga perkara dalam membuat pilihan mereka pada PRU14 nanti.
"Perkara pertama adalah BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan konsep muafakat dan bekerjasama sebagai satu pasukan sedangkan pembangkang masing-masing dengan pandangan dan pendirian sendiri," katanya di sini, pada Isnin.
Perkara kedua pula BN merancang membangunkan Malaysia dan perancangan mengenainya diumumkan kepada masyarakat berbanding pihak pembangkang yang tiada perancangan dan hanya berpolitik semata-mata.
Perkara ketiga, katanya, BN melaksanakan apa yang telah dirancangkan sebaliknya pihak pembangkang, khususnya di negeri-negeri yang diperintah, hanya merancang tetapi tidak mampu untuk melaksanakannya.
"BN adalah satu gabungan yang mempunyai perancangan dan melaksanakan perancangan tersebut. Ertinya, masa depan Malaysia lebih terjamin di bawah pimpinan BN.
"Kita tidak boleh menyerahkan Malaysia kepada satu pasukan yang tidak ada muafakat antara mereka sendiri," katanya.
Salleh berkata walaupun parti-parti komponen BN ada kalanya berbeza pandangan namun, ia adalah perkara biasa khususnya dalam sistem demokrasi.
BN juga mempunyai wadah tertentu untuk mengurus perbezaan tersebut sebaliknya pembangkang bercakaran sesama sendiri secara terbuka, katanya.
Menurutnya pihak pembangkang masih tidak sehaluan dalam isu-isu utama termasuk berhubung pengagihan kerusi dan penggunaan satu simbol menjelang PRU14.
"Permasalahan di antara pihak pembangkang itu berikutan perbezaan ideologi politik dan kepentingan politik. Saya yakin jika ini berterusan, kita akan lihat pakatan pembangkang berpecah kerana tidak sehaluan," katanya.
Sebaliknya, Salleh berkata BN mengamalkan konsep muafakat dan sentiasa bekerja sebagai satu pasukan selain memainkan peranan masing-masing demi kesejahteraan rakyat.
"Kita bertanding bukan sekadar kemenangan parti-parti individu sahaja tetapi kemenangan BN secara keseluruhannya kerana kita ingin menjadi gabungan politik yang meneruskan agenda pembangunan dengan menjamin kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat selain menentukan peluang ekonomi dan pekerjaan dapat disediakan," jelasnya.
Sebagai contoh, katanya, Transformasi Nasional 50 (TN50) yang dilancarkan Najib baru-baru ini menunjukkan kerajaan pimpinan BN mendapatkan input dan maklum balas daripada anak muda mengenai aspirasi mereka dan membina masa depan dalam masa 30 tahun lagi.
Mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad, Salleh berkata bekas perdana menteri itu sering membuat pusingan U dan pendirian politiknya juga sudah berubah.
"Beliau berbuat demikian kerana kepentingan politik semata-mata dan bukannya kerana kepetingan negara atau Malaysia. Beliau akan menggunakan apa juga kaedah agar BN dan UMNO dikalahkan dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Mon Jan 23 2017
BN, yang sekian lama melaksanakan agenda pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat merupakan pilihan terbaik pada PRU ke-14. - Gambar fail
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.