Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini mengemukakan bantahan terhadap syor persempadanan semula yang dikemukakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata ia melibatkan tujuh Parlimen selain penyerahan surat-surat representasi daripada semua Parlimen.
"Saya selaku Pengerusi BN negeri, saya telah bermesyuarat dengan UMNO serta Pengerusi-pengerusi Komponen. Kita memang tidak berpuas hati dengan syor kedua ini.
"Syor kedua ini seolah-olah SPR menerima apa juga cadangan menerusi bantahan yang dikemukan Kerajaan Negeri Selangor. Sedangkan pada bantahan pertama, kami juga ada buat bantahan," katanya pada sidang media selepas mengemukakan bantahan bagi Parlimen Tangjong Karang di sini, hari ini.
Mengambil contoh Parlimen Tanjong Karang, Noh mempersoalkan mengapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sawah Sempadan diletakkan di dalam Dun Permatang daripada Dun Sungai Burong.
Mengakui ia sebagai langkah mengimbangi jumlah pengundi di kedua-dua Dun tersebut, namun Noh melihat wujud ketidakseimbangan dari segi geografi dan sosioekonomi.
"Dun Permatang kini adalah dua per tiga daripada Parlimen Tanjong Karang manakala Dun Sungai Burong pula hanya mewakili satu per tiga daripada Parlimen Tanjong Karang.
"Jadi kalau sudah dua per tiga, hendak ambil lagi kawasan PDM daripada Dun Sungai Burong, ia akan menambah luas lagi Dun Permatang.
"Disebabkan kawasan Sawah Semapadan ini besar, jadi wujud tiga PDM iaitu PDM Sawah Sempadan, Sawah Sempadan Utara dan Sawah Sempada Selatan.
"Jadi saya ingin tanya kepada SPR, kalau nak masuk PDM Sawah Sempadan ke dalam Dun Permatang, kenapa tidak masukkan ketiga-tiga PDM tersebut? Kenapa hanya satu?" soal Noh.
Berdasarkan rekod SPR, ketika ini terdapat sejumlah 25,091 pemilih berdaftar di Dun Sungai Burong manakala 21,409 pemilih di Dun Permatang menjadikan perbezaan 3,682 pemilih.
Jika PDM Sawah Sempadan dimasukkan ke dalam Dun Permatang, ia akan mengurangkan perbezaan pemilih kepada 926 orang.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Feb 26 2018

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar melihat wujud ketidakseimbangan dari segi geografi dan sosioekonomi. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

KKM kesan empat lagi kluster baharu
Empat lagi kluster baharu dengan tiga daripadanya melibatkan tiga tempat kerja direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Kembara Cinta Diraja Seiring Kasih Rakyat: Tak menang tangan tatkala musibah menimpa rakyat
Keperibadian berjiwa rakyat yang tinggi menjadi sebab mengapa baginda berdua sering dilihat tidak menang tangan tatkala musibah menimpa rakyat.

205 individu ditahan ingkar SOP PKP, 18 melibatkan pusat hiburan
Seramai 205 individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan PKP) pada Jumaat.

Lima tumpuan kenyataan Dr Noor Hisham hari ini
Daripada jumlah kes yang direkodkan di Selangor, 89.2 peratus adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Vaksin swasta: Tumpuan 80 peratus terlebih dahulu - MOSTI
Pembelian vaksin COVID-19 oleh kerajaan setakat ini hanya tertumpu kepada usaha menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

COVID-19: 1,680 kes baharu, 7 kematian
Sebanyak 1,680 jangkitan baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 311,777 kes.

PKPD Kampung Serumah Daerah Kecil Siburan, Serian bermula esok
KKM mengesahkan masih berlaku penularan kes melibatkan penduduk di lokaliti terbabit.

MEDAC bersama SKM tekad rancakkan semula Ar-Rahnu - Wan Junaidi
Datuk Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia bertepatan tindakan Pindaan Akta Koperasi yang dikuatkuasakan pada 1 Mac 2021.

Polis Terengganu sasar pemilik motosikal ubah suai ekzos bising
Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik yang dikesan melakukan kesalahan itu.

Tumpuan AWANI 7:45 - Nafi mesej tular | Gelombang haba tahap kuning
Parti Pribumi Bersatu Malaysia nafi penyebaran maklumat intipati mesyuarat parti itu yang mendakwa PRU-15 bakal diadakan antara Jun dan Julai tahun ini & Tujuh kawasan di Semenanjung Malaysia rekodkan gelombang haba tahap kuning atau berjaga-jaga. Perincian lanjut dalam AWANI 7:45 malam ini.

BN Selangor bantah persempadanan semula 7 Parlimen
Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata ia melibatkan tujuh Parlimen selain penyerahan surat-surat representasi daripada semua Parlimen.