Barisan Nasional (BN) Selangor akan mengemukakan usul khas pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang untuk mendesak kerajaan negeri menyelesaikan isu air di negeri itu, secepat mungkin.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Johan Abd Aziz berkata usul tersebut juga bagi membincangkan permasalahan pencemaran alam sekitar di Selangor.
"Usul ini dah siap, 12 ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri) BN akan perjuangkan nasib sebahagian besar penduduk di Selangor.
"Usul mendesak kerajaan Selangor mengambil langkah proaktif bagi mengekang pencemaran alam sekitar dalam mesyuarat, di bawah Peraturan 26 Usul Khas... saya harap jangan tolak usul ini," kata ADUN Semenyih itu kepada pemberita sewaktu lawatan 12 ADUN BN Selangor ke Pangsapuri Baiduri Taman Tasik Kesuma, di Semenyih hari ini.
ADUN Batang Kali Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan pula berharap perkara itu akan mendapat perhatian Speaker DUN.
"Ini kali pertama kita buat usul khas isu air, kita harap Speaker (DUN Selangor) usah tolak, bagi kita sama-sama bincang dalam dewan," katanya.
Dalam pada itu, penduduk sekitar Semenyih melahirkan kebimbangan berikutan krisis air yang kini semakin meruncing tanpa sebarang usaha untuk mengatasinya oleh pihak kerajaan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon 16 Hulu Langat Datuk Abdul Rahman Jaafar berkata kerajaan negeri bertanggungjawab untuk mengatasi krisis air tersebut dan perlu turun padang untuk membantu rakyat.
"Selesaikan masalah air ini segera dan jangan hanya salahkan kerajaan Pusat dalam isu ini," katanya.
Sementara itu, seorang wakil penduduk M. Kumaravelu berkata krisis air itu turut menjejaskan persiapan mereka menyambut Deepavali yang bakal tiba, dan berharap krisis yang sudah berlarutan selama 16 hari itu segera diselesaikan.
Beberapa kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air sejak 22 Sept lepas ekoran penutupan Loji Rawatan Air Semenyih akibat pencemaran sungai mulai 22 hingga 24 Sept.
Dua hari lepas, loji itu ditutup lagi berikutan masalah yang sama. -Bernama
Bernama
Fri Oct 07 2016
Usul tersebut juga bagi membincangkan permasalahan pencemaran alam sekitar di Selangor. -Gambar fail
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah” - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas bertanya apakah jaminan kerajaan untuk fitnah yang ada dalam media sosial tidak berterusan. “Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tenaga hijau dijual kepada Singapura merupakan lebihan TBB negara
Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang dibekalkan kepada Singapura bermula bulan ini adalah lebihan bekalan tenaga elektrik hijau dalam negara yang tidak digunakan ketika ini.
Program Digital Rakyat akan dilancarkan esok
Kementerian Digital akan melancarkan Program Digital Rakyat esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat seiring perkembangan ekonomi digital masa kini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
AWANI Ringkas: KPM cadang perluas kelas hibrid ke 400 sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MOT pinda Akta 333 tangani isu 'mat rempit'
Pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
Pukul budak perempuan guna kayu, penjaga pusat jagaan anak yatim direman
Permohonan reman ke atas lelaki berusia 59 tahun itu dibuat bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
PRU15: Boleh runding tukar kerusi, tetapi perlu ada kerusi ganti- Noh
Pertukaran kerusi ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Selangor antara parti dalam Barisan Nasional (BN) boleh dilakukan, dengan syarat perlu ada kerusi ganti.
PRU15: BN Selangor tampil 21 muka baharu di 21 kerusi Parlimen
Daripada 22 kawasan Parlimen di Selangor, BN cuma kekalkan satu kerusi untuk ditandingi muka lama.
Tengku Zafrul dilantik Pengerusi Manifesto BN Selangor
Pelantikan ini sudah berkuat kuasa dan telah mula mengadakan mesyuarat.
Khidmat Isham sebagai Ketua Penerangan BN Selangor ditamatkan serta-merta
Perkhidmatan Isham ditamatkan selepas didapati jawatan itu tidak termaktub dalam Perlembagaan BN.
BN Selangor kemuka usul khas desak kerajaan negeri selesaikan krisis air
Datuk Johan Abd Aziz berkata usul tersebut juga bagi membincangkan permasalahan pencemaran alam sekitar di Selangor.
BN Selangor capai KPI tarik 17,000 pengundi parti komponen PRK Sungai Besar
Noh Omar berkata pendekatan dan transformasi baharu yang diperkenalkan BN membolehkan ramai pengundi putih keluar mengundi.