KUALA LUMPUR:Barisan Nasional (BN) akan terus memberi sokongan tanpa berbelah bagi terhadap Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan kerajaan pada 6 November ini.
Demikian menurut Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan pada Rabu.
"Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Dewan Rakyat seramai 43 orang yang bermesyuarat pada 3 November 2020 telah bersetuju sebulat suara akan terus memberi sokongan tanpa berbelah bagi ke atas Belanjawan 2021.
"Begitu juga dengan semua Rang Undang-Undang (RUU) yang akan dibentangkan oleh pihak kerajaan," jelasnya dalam kenyataan itu.
Bagaimanapun jelas Ahmad Zahid, Ahli Parlimen BN juga bersetuju supaya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan dua perkara dalam Belanjawan 2021 itu.
"Melanjutkan tempoh moratorium untuk tempoh 6 bulan atau sebahagian daripadanya untuk mereka berkelayakan di bawah kumpulan B40 dan M40.
"Meluluskan untuk pengeluaran sejumlah wang daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mereka yang layak dan memenuhi syarat tertentu," katanya lagi.
Fareez Azman
Wed Nov 04 2020

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan media pada Rabu. - Gambar fail/BERNAMA

Agenda AWANI: Pakej Bantuan Khas, Pulihkan Ekonomi Rakyat

PKPB | IPD Kulim pantau laluan tikus 24 jam sehari
IPD Kulim tubuhkan satu pasukan khas bagi melaksanakan rondaan dan pemantauan 24 jam sehari di dua laluan tikus di negeri itu.

Laporan Khas | Tahan permit, MB arah kerja dihentikan serta-merta
Susulan laporan kemusnahan alam semula jadi di kawasan Air Terjun Tanjung Batu, Segari, Manjung, Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad mengarahkan Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar negeri untuk melakukan siasatan menyeluruh.

Enam notis dikeluarkan isu kenaikan harga
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, dan Hal Ehwal Pengguna telah mengeluarkan enam notis susulan untuk siasatan lanjut susulan laporan berlaku kenaikan harga terhadap minyak masak dalam botol lima kilogram.

UMNO | Tidak perlu heboh desak Ahmad Zahir berundur
Desakan minta Ahmad Zahid berundur tidak perlu diheboh di media Desakan untuk meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahamd Zahid Hamidi berehat daripada memimpin parti tidak sewajarnya digembar-gemburkan di media dan umum, kata Naib Ketua Pemuda UMNO Gopeng, Al Yashir Yahaya.

Buletin AWANI Khas: PKP 2.0 | Pakej Bantuan Khas

Pakej PERMAI: Peruntukan awal RM200 juta ringankan beban mangsa banjir
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) pada Isnin.

COVID-19: 3,306 kes baharu, 4 lagi kematian
Malaysia mencatatkan sebanyak 3,306 kes baharu COVID-19, menjadi jumlah kumulatif kes jangkitan virus itu di negara ini adalah 161,740.

PKP di Port Dickson, Seremban antara 5 tumpuan utama kenyataan media Ismail Sabri
Berikut merupakan lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin (18 Januari 2021).

Kerajaan Selangor berhasrat beli 5 juta dos vaksin COVID-19 - MB
Kerajaan Negeri Selangor berhasrat membeli kira-kira lima juta dos vaksin COVID-19 bagi rakyat negeri itu dan usaha itu disambut baik oleh Kerajaan Persekutuan serta KKM

Kerajaan Selangor berhasrat beli 5 juta dos vaksin COVID-19 - MB
Kerajaan Negeri Selangor berhasrat membeli kira-kira lima juta dos vaksin COVID-19 bagi rakyat negeri itu dan usaha itu disambut baik oleh Kerajaan Persekutuan serta KKM

PERMAI: Impak PKP 2.0 terhadap ekonomi masih terkawal - PM
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia adalah berikutan lebih banyak aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi ketika pelaksanaan PKP kali ini.

Berita gembira, kerajaan umum "one-off' RM500 kepada pemandu teksi, bas
Muhyiddin Yassin berkata, ia akan memberi manfaat kepada 14,000 pemandu pelancong serta 118,000 pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.

PERMAI: Majikan yang beroperasi boleh mohon Program Subsidi Upah 3.0
Muhyiddin Yassin berkata, ia tertakluk kepada semua majikan tanpa mengira sektor perniagaan.

Pakej PERMAI: KKM lahir penghargaan kepada Perdana Menteri
KKM melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri di atas pengumuman Pakej Bantuan Khas pada 18 Januari 2021.

Pakej PERMAI: Pelepasan cukai khas, pemberian data percuma dilanjutkan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia membabitkan pelepasan cukai khas sehingga RM2,500.

Proklamasi Darurat: Khairuddin kemuka saman pemula kepada Muhyiddin, Kerajaan Malaysia
Khairuddin berkata, perkara itu tidak wajar sama sekali lebih-lebih lagi apabila Perdana Menteri hilang sokongan majoriti ahli Parlimen.

PERMAI: Peminjam MARA boleh mohon penjadualan semula, moratorium pinjaman
Peminjam kemudahan pinjaman pelajaran MARA boleh memohon penjadualan semula atau moratorium bayaran balik pinjaman sehingga 31 Mac 2021.

PERMAI: Kerajaan perluas Geran Khas Prihatin kepada tujuh negeri PKP
Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bagi 300,000 PKS di negeri selain PKP, mereka akan menerima RM500.

Teks penuh pengumuman khas Pakej Bantuan PERMAI oleh Perdana Menteri
Teks penuh pengumuman khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia (PERMAI) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.