Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan parti komponen Barisan Nasional tidak perlu mengadakan pilihan raya awal hanya kerana pihak pembangkang sedang berdepan pelbagai cabaran.
Katanya, UMNO sebaliknya perlu memberi tumpuan dalam menyusun dan mengukuhkan jentera parti bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya tanpa bergantung kepada kelemahan pembangkang.
"Ada yang mencadangkan untuk mengadakan pilihan raya awal kerana melihat parti-parti lawan sangat lemah dengan masalah dalaman.
"Saya mempunyai pendapat yang sedikit berbeza. Saya berpandangan kita harus berperang apabila kita kuat dan bukannya bergantung kepada kelemahan musuh kita.
"Kalau kita masuk perang dengan hanya bergantung kepada kelemahan musuh, tidak tentu kita akan menang," kata Khairy selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak 2016 di Cheras, pada Rabu
Sementara itu, Khary menggesa UMNO untuk memberi perhatian kepada penduduk bandar yang mengundi di kawasan luar bandar.
Ini kerana, mereka yang menetap di bandar dilihat mudah untuk mempengaruhi pengudi luar bandar yang sebelum ini menjadi kekuatan kepada UMNO.
"Kerusi luar bandar UMNO bukanlah jaminan jika kita hanya fokus kepada pengundi luar bandar. Kita juga perlu melihat pada pengundi luar bandar yang akan balik mengundi di kawasan luar bandar.
Ahli Parlimen Rembau itu juga berkata, dikawasan yang diwakilinya, sekitar 10 ke 20 peratus pengundi merupakan pengundi luar yang menetap di bandar.
Tambahnya, pengundi muda termasuk mahasiswa bukan sahaja mempunyai kuasa untuk mempengaruhi keluarga malah rakan serta penduduk setempat.
Dania Zainuddin
Wed Aug 31 2016
KHAIRY: Kalau kita masuk perang dengan hanya bergantung kepada kelemahan musuh, tidak tentu kita akan menang. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Ahli sabotaj UMNO: Langkah 'pembersihan' besar-besaran esok - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa nasib individu lain selain bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin turut akan ditentukan dalam mesyuarat MKT esok.
COVID-19: Keberkesanan vaksin Pfizer petanda awal kejayaan perang lawan pandemik
Pembangunan vaksin COVID-19 yang menunjukkan keberkesanan 90 peratus dalam ujian fasa ketiga membawa harapan baharu di seluruh dunia.
Wanita perlu dilibatkan sepenuhnya dalam politik, pembuat dasar negara - Khairy
Golongan wanita perlu dilibatkan dalam politik dan peringkat membuat keputusan serta dasar negara sepenuhnya demi menjamin kestabilan sosial sekaligus menuju ke arah negara maju yang seimbang.
KJ setuju pemimpin lama perlu beri ruang kepada yang baharu
Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin turut bersetuju bahawa bekas pemimpin parti wajar memberi ruang kepada pengganti untuk menetapkan hala tuju parti.
'Sekiranya saya dipilih jadi Presiden UMNO ...' - Khairy
Calon Presiden UMNO dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar beriltizam bentuk pembangkang berwibawa berbanding pakatan.
Khairy akui Pakatan Harapan lebih baik berbanding BN
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui Pakatan Harapanvlebih baik berbanding Barisan Nasional kerana memberikan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang.
'Syed Saddiq, jangan cuba manipulasi isu pecat kakitangan kerajaan' - Khairy
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diingatkan untuk tidak memanipulasi desakan Ketua Pemuda UMNO Perlis agar memecat kakitangan kerajaan yang berkongsi dan memuat naik fitnah terhadap pemimpin negara ini.
'Datang sekurang-kurangnya dua jam lebih awal sebelum acara pembukaan!' - KJ
Menteri Belia dan Sukan menyarankan kepada orang ramai yang telah membeli tiket untuk menyaksikan upacara pembukaan di Stadium Nasional Bukit Jalil supaya datang lebih awal.
Jangan paksa Chong Wei, Nicol terus beraksi - Khairy
Khairy Jamaluddin berkata apa yang penting, dua sukan berkenaan iaitu badminton dan skuasy perlu mempunyai pengganti mereka untuk terus mengharumkan nama negara.
Hari Sukan Negara hidupkan semula semangat sukan di sekolah - Khairy
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, konsepnya sama, tetapi skalanya melibatkan keseluruhan rakyat Malaysia.