awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sekiranya saya dipilih jadi Presiden UMNO ...' - Khairy

Atiqah Ismail
Atiqah Ismail
21/06/2018
09:48 MYT
'Sekiranya saya dipilih jadi Presiden UMNO ...' - Khairy
Calon Presiden UMNO, Khairy beriltizam membentuk barisan pembangkang yang berwibawa berbanding pakatan sebelum ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar beriltizam akan memastikan UMNO menjadi pembangkang yang kuat sekiranya beliau dipilih menjadi presiden parti berkenaan.
Menurutnya, antara langkah pertama yang bakal beliau lakukan seandainya dipilih menjadi presiden ialah mewujudkan barisan pembangkang yang lebih sistematik berbanding pakatan sebelum ini.
“Sekiranya saya dipilih menjadi presiden, tugas saya adalah menyediakan parti ini untuk berhadapan dengan kerajaan di sidang parlimen yang akan berlangsung tidak lama lagi.
“Dalam sesi pertama parlimen nanti, rakyat mahu lihat sama ada UMNO sudah bangkit ataupun tidak daripada kekalahan.
“Saya akan bentuk satu kabinet bayangan secepat mungkin bagi membentuk barisan pembangkang yang berwibawa agar kerajaan hari ini mempunyai sistem akauntabiliti seperti mana yang rakyat mahukan,” katanya ketika dalam satu sesi temu bual bersama Sinar Harian hari ini.
Dalam pada itu, Khairy yang merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO turut berikrar akan melakukan perubahan bermula dari akar umbi UMNO itu sendiri.
“Kita juga harus melakukan reformasi yang luar biasa dalam UMNO.
“Selain melibatkan golongan profesional dalam parti ini, kita perlu cari bakat baru seperti mewujudkan dua jawatan naib presiden dan satunya, dipegang oleh wanita,” jelasnya.
BACA: Khairy ikrar kembalikan kepercayaan rakyat terhadap UMNO
Terdahulu, Khairy berjanji akan kembalikan kepercayaan rakyat terhadap UMNO jika dipilih sebagai calon presiden.
BACA: Ku Li, KJ sah berdebat di Astro AWANI 29 Jun ini
Khairy bakal berdebat dengan calon presiden lain, Tengku Razaleigh Hamzah langsung di Saluran 501 Astro AWANI, FB Astro AWANI dan www.astroawani/live-tv pada 29 Jun, 2018.
Topic Berkaitan
#Calon Presiden UMNO
#Debat AWANI
#kabinet bayangan
#Khairy Jamaluddin Abu Bakar
#Parlimen
#pembangkang berwibawa
#reformasi UMNO
#UMNO Pilih Siapa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan