awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boikot APEC: Malaysia buat keputusan seiring negara Asia lain - PM Anwar

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
31/10/2023
05:34 MYT
Boikot APEC: Malaysia buat keputusan seiring negara Asia lain - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia sedang berhubung dengan negara Asia lain termasuk China bagi mengetahui pendirian mereka sama ada mahu memboikot kehadiran pada sidang Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau tidak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selepas memperoleh semua maklumat, barulah Malaysia akan membuat keputusan, seiring dengan keputusan negara Asia lain.
“Kita sedang teliti (kehadiran di APEC). APEC ini adalah Badan Ekonomi Asia Pasifik.
“Jadi sekarang kita hubungi negara ASEAN dan China tentang kedudukan mereka dan kita akan ambil keputusan selaras dengan pendirian rakan-rakan dan juga Asia,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan dibangkitkan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad (PN - Machang) sama ada Malaysia bercadang untuk memboikot sidang APEC pada November depan.
Astro AWANI pada 24 September melaporkan, PM Anwar akan mengetuai delegasi Malaysia ke APEC di San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) pada November ini.
Selain mesyuarat pemimpin APEC, kalangan pemimpin ASEAN kecuali Myanmar, turut dipelawa bagi mesyuarat berasingan oleh Presiden AS Joe Biden itu.
Topic Berkaitan
#APEC
#AS
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan