PUTRAJAYA: Gerakan Tanah Air (GTA) terbuka untuk berbincang dengan Perikatan Nasional (PN) mengenai kerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), namun keputusan sama ada kerjasama akan dijalinkan 'tidak tahu lagi', kata Pengerusi Penaja GTA Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau yang mengulas saranan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin agar parti pembangkang mempertimbangkan untuk membuka semula pintu rundingan dengan PN berkata, kerjasama dengan PN perlu dibincangkan dengan semua parti gabungan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam gerakan itu.
"Dia (Muhyiddin) boleh datang bincang tapi keputusan (untuk kerjasama) kita tidak tahu lagi," katanya kepada pemberita selepas sesi 'flag off' Program Semangat Merdeka anjuran GTA di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata Muhyiddin ada datang bertemu dengannya baru-baru ini, namun ia hanya pertemuan biasa dan bukan perbincangan mengenai kerjasama politik.
Muhyiddin ketika berucap pada Konvensyen PN Sabtu lepas menyarankan semua pimpinan parti pembangkang untuk mempertimbang semula rundingan dengan PN untuk mencapai kesepakatan pada PRU15 akan datang.
Dr Mahathir berkata GTA yang dianggotai empat parti iaitu Pejuang, Berjasa, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) serta NGO berjuang berpaksikan kepada penentangan salah guna kuasa, rasuah dan memperjuangkan hak kaum Melayu bagi membina sebuah kerajaan yang bersih.
Beliau berkata GTA akan mengemukakan permohonan pendaftaran gerakan itu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 6 Sept ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 30 2022
Dr Mahathir berkata Muhyiddin ada datang bertemu dengannya baru-baru ini, namun ia hanya pertemuan biasa dan bukan perbincangan mengenai kerjasama politik. - Gambar fail/BERNAMA
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Tun M tinggalkan GTA
Keputusan dibuat selepas menyedari GTA tidak dapat berfungsi dengan baik selain gagal menarik sokongan pengundi.
PRU15: GTA tawar manifesto Agenda Baharu Malaysia, berbeza dengan parti lain - Tun M
GTA yang bertanding menggunakan logo Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mendakwa Agenda Baharu Malaysia berlainan dari manifesto parti-parti politik lain.
PRU15: GTA kenal pasti 17 kerusi di Johor - Mukhriz
Antara kawasan terlibat termasuk Parlimen Pagoh yang disandang Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRU15: GTA 'underdog' yang mampu beri saingan pada parti gergasi - Aminuddin
Calon-calon PRU15 GTA bersih daripada rasuah, memiliki integriti dan akhlak terpuji.
Ahmad Idham mahu jadikan PD lokasi perintis Hab Pendidikan Khas
Menjadi hasrat pelakon dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nazri untuk menjadikan Port Dickson sebagai lokasi projek perintis Hab Pendidikan Khas yang dikendalikan dalam bentuk lebih sistematik, tersusun.
PRU15: Anwar terbuka bertemu Tun Mahathir, perlu jelas dasar GTA
Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk bertemu dengan Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan kerjasama sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Penyertaan IMAN mampu bantu GTA menang PRU15 - Dr Mahathir
Keyakinan tersebut berpaksikan kepada jumlah keahlian IMAN yang ramai di seluruh negara.
Benarkah PRU untuk rakyat? - Tun M
Ahli Parlimen Langkawi itu mendakwa, sebenarnya PRU diadakan untuk membolehkan UMNO menjadi Perdana Menteri.
PRU15: Pas Perak tidak ada masalah jika berdepan GTA
Pas Perak tidak mempunyai masalah sekiranya berdepan dengan Gerakan Tanah Air (GTA) dalam merebut kerusi majoriti pengundi Melayu dan pinggir bandar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Tun Mahathir cadang PRU15 selepas musim banjir
Dr Mahathir berkata selain mengambil kira faktor keselamatan, bencana banjir juga menyukarkan pergerakan pengundi.