awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bom ikan makan tuan: Pemuda koma, pergelangan tangan berkecai

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
03/03/2018
10:20 MYT
Bom ikan makan tuan: Pemuda koma, pergelangan tangan berkecai
Mangsa yang dikenali sebagai, Mohd Fadil Abdullah, 27 tahun itu kini koma dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab Dua, Kota Bharu. - Foto PDRM
Seorang pemuda cedera parah dengan tangan kirinya hancur berkecai selepas 'bom ikan' buatannya sendiri meletup secara tiba-tiba.
Dalam kejadian yang berlaku di kampung Chengal Bedil, Kuala Balah di sini petang semalam, ia turut mengakibatkan pergelangan tangan kanannya hancur, cedera tulang rahang dan di beberapa bahagian badan.
Mangsa yang dikenali sebagai, Mohd Fadil Abdullah, 27 tahun, kini koma dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab Dua, Kota Bharu.
Kejadian turut mengakibatkan pergelangan tangan kanannya hancur, cedera tulang rahang dan di beberapa bahagian badan. - Foto PDRM
Kejadian turut mengakibatkan pergelangan tangan kanannya hancur, cedera tulang rahang dan di beberapa bahagian badan.- Foto PDRM
Dalam kejadian sekitar jam 2.30 petang mangsa dikatakan ke sungai untuk mengebom ikan.
Mangsa kemudiannya melemparkan bom berkenaan ke dalam sungai namun tidak meletup menyebabkan mangsa mendekati bom yang dilempar itu sebelum ianya tiba-tiba meletup.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Hassanuddin Hassan yang dihubungi hari ini mengesahkan mengenai kejadian tersebut dan memaklumkan tiada laporan polis di buat.
Namun memaklumkan pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Akta Bahan Letupan 1957.
Topic Berkaitan
#bom
#bom ikan
#cedera
#Kelantan
#Kota Bharu
#letupan
#mangsa
#polis
#siasatan
#tangan hancur
#tangan putus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan