awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bom mortar ditemui berhampiran kediaman penduduk

Bernama
Bernama
18/05/2025
13:15 MYT
Bom mortar ditemui berhampiran kediaman penduduk
Sebutir bom jenis mortar ditemui seorang penduduk dalam semak berhampiran kediamannya di Kampung Kandang Hilir, Kuala Kangsar, semalam. - Foto ihsan pembaca/via Sinar Harian
IPOH: Sebutir bom jenis mortar ditemui seorang penduduk dalam semak berhampiran kediamannya di Kampung Kandang Hilir, Kuala Kangsar, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Heisham Harun berkata laporan berkaitan penemuan bom tersebut diterima daripada seorang wanita berusia 30 tahun pada 7.02 malam.
"Sepasukan anggota polis telah ke tempat kejadian dengan dipandu oleh pengadu itu sendiri. Hasil siasatan mendapati bom berkenaan dijumpai kira-kira 30 meter dari rumahnya.
"Hasil siasatan lanjut mendapati bom berkenaan tidak mengandungi bahan letupan dan selamat untuk dipindahkan," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Heisham berkata bom tersebut telah dibawa ke pangkalan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak untuk tindakan susulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bom mortar
#Kampung Kandang Hilir
#Polis Daerah Kuala Kangsar
#bom ditemui
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan