awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ATM masih dibarisi anggota berintegriti, ikhlas berkhidmat - Mohamed Khaled
PLKN: Pendaftaran sebahagian pelatih di Kem 505 Pekan ditangguhkan, elak lebih kapasiti
'Ada usaha naikkan amarah UMNO agar tinggalkan kerajaan' - Tok Mat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba ambil masa dua hari selamatkan lelaki Orang Asli dipatuk ular di Gerik

Bernama
Bernama
17/11/2025
14:45 MYT
Bomba ambil masa dua hari selamatkan lelaki Orang Asli dipatuk ular di Gerik
Shazlean berkata mangsa dan anggota yang lain kemudian dibawa ke Hospital Gerik melalui Lapangan Terbang Gerik untuk menerima rawatan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya 6 petang tadi. - Gambar JBPM
IPOH: Seorang lelaki Orang Asli yang dipatuk ular berbisa semasa mencari hasil hutan bersama rakannya di Pos Kemar, Kampung Agek dekat Gerik, semalam berjaya dibawa keluar dari kampung berkenaan petang tadi.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki Orang Asli dipatuk ular berbisa semasa mencari hasil hutan di Kampung Agek, Gerik, berjaya diselamatkan setelah kira-kira 10 jam perjalanan pasukan penyelamat dan helikopter digunakan.
  • Mangsa, Sali Seruliou, 48 tahun, mengalami kesukaran bergerak akibat patukan ular berbisa sehingga perlu dibawa keluar dari lokasi kejadian menggunakan helikopter.
  • Lima anggota bomba turut mengalami kecederaan ringan dalam misi penyelamatan tersebut disebabkan jarak perjalanan yang jauh dan kawasan yang mencabar.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata mangsa dikenali sebagai Sali Seruliou, 48, mengalami kesukaran untuk bergerak akibat patukan haiwan berbisa berkenaan.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 4.05 petang semalam, dan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik bersama bantuan pihak polis telah ke lokasi kejadian sejauh 40 kilometer (km).
Pasukan penyelamat dengan bantuan tiga malim gunung dan orang awam mula bergerak pada 1.45 pagi dan sampai 11.30 pagi tadi, selepas kira-kira 10 jam perjalanan.
"Untuk sampai ke lokasi, pasukan penyelamat perlu mendaki bukit dan menempuh hutan belukar.
"Mangsa diberikan rawatan awal mengikut pesanan doktor dengan memberikan ubat penghilang kesakitan dan meminta mangsa untuk tidak bergerak terlalu banyak," katanya .
Mangsa kemudian terpaksa dibawa keluar dari lokasi kejadian menggunakan helikopter memandangkan mangsa mengalamai kesukaran untuk bergerak.
Selain itu, lima anggota bomba turut mengalami kecederaan ringan disebabkan jarak perjalanan yang jauh selain bentuk muka bumi yang mencabar untuk sampai ke lokasi mangsa ditemukan.
Kerja-kerja menyediakan kawasan untuk helikopter mendarat mengambil masa kira-kira tiga jam.
Shazlean berkata mangsa dan anggota yang lain kemudian dibawa ke Hospital Gerik melalui Lapangan Terbang Gerik untuk menerima rawatan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya 6 petang tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Orang Asli
#JBPM
#ular berbisa
#malim gunung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan