awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba bawa turun lelaki 140kg patah pergelangan kaki kiri ketika mendaki

Bernama
Bernama
23/04/2023
11:15 MYT
Bomba bawa turun lelaki 140kg patah pergelangan kaki kiri ketika mendaki
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung, berkata lelaki berusia 44 tahun itu mengalami kecederaan tersebut setelah tergelincir ketika melakukan aktiviti mendaki bersama rakannya. - Foto Sinar Harian
IPOH: Seramai lapan anggota bomba mengambil masa kira-kira empat jam bagi membantu membawa turun seorang lelaki obesiti seberat 140 kilogram (kg) yang patah pergelangan kaki kiri ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Tiga Ratus, Manjung, hari ini.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung, berkata lelaki berusia 44 tahun itu mengalami kecederaan tersebut setelah tergelincir ketika melakukan aktiviti mendaki bersama rakannya.
"Anggota menggunakan pengusung untuk membawa turun mangsa serta memberi rawatan awal sebelum diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya," katanya
Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 1.50 tengah hari dan 11 anggota bomba dikerah ke lokasi kejadian.
"Lelaki tersebut yang berada di ketinggian 170 meter dari kaki bukit berkenaan,gagal untuk bergerak dan terpaksa menggunakan khidmat anggota bomba dan peralatan khas bagi membantu lelaki itu serta rakannya untuk turun," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#lelaki patah pergelangan kaki
#mendaki
#Bukit Tiga Ratus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan