awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba dan PDRM sebagai 'frontliner' semasa banjir - Abdul Rahman

Hilal Azmi
Hilal Azmi
03/11/2015
11:47 MYT
Bomba dan PDRM sebagai 'frontliner' semasa banjir - Abdul Rahman
ABDUL RAHMAN: Penyelarasan penting dalam memastikan urusan mengurus dan menyelamat ketika bencana berjalan lancar.
Penyelarasan arahan agensi keselamatan perlu diutamakan dalam mana2 kejadian bencana terutamanya melibatkan kepentingan orang ramai.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Polis DiRaja Malaysia perlu diutamakan dalam menyelaras dan urusan koordinasi semasa bencana.
"Dalam rombakan Majlis Keselamatan Negara baru-baru ini, kabinet memutuskan untuk menyelaras arahan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN).
"Kita nak pastikan agar tidak berlaku pertindihan arahan, tanggungjawab dan bidang kuasa yang melibatkan agensi-agensi kerajaan," katanya kepada media selepas merasmikan Hari Perancang Bandar Sedunia 2015 di sini, hari ini.
Tambahnya, penyelarasan ini penting dalam memastikan urusan mengurus dan menyelamat ketika bencana berjalan lancar.
"Kita perlukan satu garis perintah yang jelas. Jabatan Bomba dan Penyelamat serta PDRM akan menjadi agensi paling depan dan dibantu agensi-agensi lain seperti Jabatan Pertahanan Awam (JPA).
"Saya akan perincikan hal ini kepada kabinet sebelum bermulanya tiupan angin monsun timur laut yang dijangka membawa bersama hujan lebat terutamanya di kawasan Pantai Timur Semenanjung," katanya.
Abdul Rahman turut mengesahkan kesiapsiagaan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam menghadapi banjir yang dijangka melanda negara bulan depan.
Katanya, sejumlah 277 balai bomba kini sedia berkhidmat bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya banjir.
Agensi Pengurusan Bencana Negara akan menjadi seketariat pengurusan bencana negara dalam mengurus sebarang kejadian seperti banjir, kebakaran mahupun bencana alam di kawasan yang terlibat.
Agensi ini ditubuh sebagai pelengkap kepada tugas Majlis Keselamatan Negara yang kini bertanggungjawab mengenalpasti dan mengurus sebarang ancaman nyata dan siber kepada negara.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahman Dahlan
#Agensi Pengurusan Bencana Negara
#APBN
#Hari Perancang Bandar Sedunia 2015
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan