awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba keluarkan kepala kanak-kanak tersepit di balkoni rumah

Aida Aziz
Aida Aziz
31/10/2022
09:56 MYT
Bomba keluarkan kepala kanak-kanak tersepit di balkoni rumah
Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas apabila kepalanya tersepit selama 15 minit di antara celah batu bahagian tembok balkoni, di Taman Samudera, Manjung, hari ini. - Gambar ihsan JBPM
MANJUNG: Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas apabila kepalanya tersepit selama 15 minit di antara celah batu bahagian tembok balkoni, di Taman Samudera, dekat sini, hari ini.
Mangsa yang berusia 4 tahun itu, ketika kejadian dipercayai sedang bermain di bahagian balkoni rumah berkenaan, sebelum kepalanya tersepit.
Difahamkan kejadian itu disedari oleh datuk mangsa dan kemudiannya bertindak menghubungi pihak bomba bagi mengeluarkan kepala mangsa.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.33 pagi.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung bergegas ke lokasi bagi khidmat khas mengeluarkan kepala mangsa tersepit.
"Difahamkan bahawa kanak-kanak tersebut ketika itu tinggal di rumah datuknya," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.
Menurut kenyataan itu lagi, anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa dari celahan di antara tempoh batu itu tanpa menggunakan sebarang peralatan khas.
Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Yusop Daud itu tamat pada pukul 10.52 pagi.
Topic Berkaitan
#kanak-kanak tersepit kepala
#balkoni rumah
#Balai Bomba dan Penyelamat
#Seri Manjung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan