awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba kenal pasti 18 'hotspot' kepala air di Kelantan

Bernama
Bernama
08/09/2024
07:10 MYT
Bomba kenal pasti 18 'hotspot' kepala air di Kelantan
Zainal (foto) berkata kesemua 'hotspot' berkenaan membabitkan kawasan rekreasi air terjun dan sungai termasuk Jeram Pasu dan Jeram Mengaji di Pasir Puteh yang sering menjadi lokasi tumpuan pelancong. -Gambar fail/X YS PPjB Jainal @ Zainal bin Madasi
KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengenal pasti 18 'hotspot' membabitkan enam jajahan di negeri ini yang berisiko berlaku kejadian kepala air.

Ringkasan AI
  • JBPM Kelantan mengenal pasti 18 'hotspot' di enam jajahan yang berisiko kejadian kepala air, termasuk kawasan rekreasi seperti Jeram Pasu, Jeram Mengaji, dan beberapa lokasi di Kuala Krai, Jeli, Machang, dan Gua Musang.
  • JBPM Kelantan akan terus memantau lokasi-lokasi ini secara berkala, terutama pada hujung minggu dan cuti sekolah, untuk mengurangkan risiko kejadian kepala air dan tanah runtuh. Mereka juga bekerjasama dengan pasukan SWART dan JKR.
  • Pada tahun lepas, terdapat lima kematian di jeram dan air terjun, dengan 13 mangsa diselamatkan. JBPM Kelantan menekankan pentingnya pemantauan berterusan dan langkah keselamatan di kawasan berisiko.

Pengarahnya Zainal Madasin berkata kesemua 'hotspot' berkenaan membabitkan kawasan rekreasi air terjun dan sungai termasuk Jeram Pasu dan Jeram Mengaji di Pasir Puteh yang sering menjadi lokasi tumpuan pelancong.
Beliau berkata di Kuala Krai pula membabitkan tujuh lokasi iaitu Lata Rek, Lata Berangin, Air Terjun Istana Sangkut, Lata Chenulang, Lata Y, Air Terjun Jelawang Dabong dan Lata Kertas selain Lata Hujan serta Lata Bijih di Tanah Merah.
"Bagi jajahan Jeli pula melibatkan empat lokasi tumpuan pelancong iaitu Lata Janggut, Lata Keding, Lata Turbo dan Lata Kashmir. Selain itu, Air Terjun Bukit Bakar dan Jeram Linang di Machang turut dikesan berisiko kejadian kepala air manakala satu lokasi di Gua Musang iaitu Jeram Pelangi Renok.
"Mengikut pemerhatian kita, sejak kebelakangan ini hampir setiap hari hujan dan saya tidak menafikan beberapa insiden tanah runtuh atau kejadian kepala air mungkin akan berlaku terutama di kawasan sungai atau pusat rekreasi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan JBPM Kelantan di sini hari ini.
Zainal berkata pihaknya merekodkan sebanyak lima kematian yang berlaku di jeram dan air terjun pada tahun lepas selain 13 mangsa berjaya diselamatkan.
"JBPM Kelantan akan sentiasa mengadakan pemantauan secara berkala di lokasi yang telah dikenal pasti terutama sewaktu hujung minggu dan cuti sekolah," katanya.
Sementara itu, Zainal berkata pihaknya turut mengenal pasti lapan lokasi berisiko berlaku tanah runtuh iaitu di Jalan Kuala Betis-Lojing, Jalan Gua Musang-Lojing, Lebuhraya Timur Barat Jeli-Gerik serta sekitar Lojing dan Lata Rek.
"Kawasan Gunong Stong, Chuchuh Puteri di Kuala Krai serta Batu 18 Jalan Timur Barat Jeli juga dikenal pasti berisiko berlaku tanah runtuh. Anggota kita akan sentiasa memantau kawasan ini dengan dibantu pasukan Safety Water and Rescue Team (SWART) selain bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) sekiranya perlu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#kepala air
#Kelantan
#zainal madasin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan