awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ronaldo ledak dua gol, Al Nassr cipta rekod 10 kemenangan berturut-turut
Libya adakan pengebumian ketua tentera, pegawai maut nahas pesawat di Turkiye
Rusia lancar serangan udara paling lama ke atas Kyiv menjelang rundingan damai Trump-Zelensky
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba potong jeriji tingkap, selamatkan dua beranak daripada kebakaran

Aida Aziz
Aida Aziz
07/01/2023
00:04 MYT
Bomba potong jeriji tingkap, selamatkan dua beranak daripada kebakaran
Anggota bomba menggunakan peralatan khas memotong jeriji tingkap bagi mengeluarkan dua mangsa iaitu ibu dan anak perempuannya. - Foto JBPM Perak
SERI ISKANDAR: Dua beranak berjaya diselamatkan anggota bomba apabila rumah mereka musnah terbakar di Bandar Universiti, di sini, awal pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota bomba menggunakan peralatan khas memotong jeriji tingkap bagi mengeluarkan dua mangsa iaitu ibu dan anak perempuannya.
Katanya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.04 pagi, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar dengan dibantu BBP Parit bergegas ke lokasi.
"Kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas A berkeluasan 20x70 yang musnah terbakar 30 peratus.
"Dua mangsa wanita iaitu ibu dan anak perempuannya berjaya diselamatkan oleh anggota bomba, dengan memotong jeriji tingkap dan keluar melalui tingkap.
"Tiada kecederaan yang dialami oleh mangsa tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya lagi, anggota bomba membuat kerja pemadaman dengan menggunakan satu aliran 100 kaki dua pancutan dengn sumber air dari tangki jentera.
Operasi yang diketuai oleh PPgB Muhamad Ashraf Mat Isa itu tamat pada jam 4.15 pagi.
Topic Berkaitan
#kebakaran rumah
#bomba
#Bandar Universiti
#bomba potong jeriji tingkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan