awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba selamat kanak-kanak tersangkut pada cabang pokok

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
20/06/2020
02:18 MYT
Bomba selamat kanak-kanak tersangkut pada cabang pokok
Ibu bapa kanak-kanak itu cuba mengeluarkan paha dan betisnya yang tersangkut namun gagal sebelum menghubungi pasukan bomba.
Seorang kanak-kanak lelaki 11 tahun melalui detik cemas apabila kakinya tersangkut pada cabang batang pokok selama lebih sejam di Kampung Pida 3, dekat Jitra, Kedah, pada malam Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu, kanak-kanak berkenaan dipercayai memanjat pokok berhampiran rumahnya itu sebelum tergelincir.
Ibu bapa kanak-kanak itu cuba mengeluarkan paha dan betisnya yang tersangkut namun gagal sebelum menghubungi pasukan bomba.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, dihantar ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, kami dapati kanak-kanak itu sedang menangis kesakitan dan anggota mengambil masa lima minit untuk menenangkannya.
"Anggota bomba kemudian terpaksa memotong pokok itu menggunakan peralatan khas dan mengeluarkan kaki kanak-kanak itu dengan berhati-hati," katanya.
Kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan serius dan hanya mengalami kebas pada kaki.
Topic Berkaitan
#bomba selamat
#cabang pokok
#kaki kanak-kanak
#Kanak-kanak
#mangsa
#panjat
#potong pokok
#tergelincir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan