awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
New Zealand tidak akan sertai Lembaga Keamanan tajaan Trump
Edar 72.52 g methamphetamine, buruh dipenjara 30 tahun, 12 sebatan
Peniaga kuih akok lapan perisa rancang hasilkan produk sejuk beku
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba selamatkan tiga beradik terkunci dalam MPV

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
24/07/2021
12:19 MYT
Bomba selamatkan tiga beradik terkunci dalam MPV
Anggota bomba berjaya menyelamatkan tiga beradik yang terkunci di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV). - Foto ihsan JBPM Perak
IPOH: Anggota bomba berjaya menyelamatkan tiga beradik yang terkunci di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora di Taman Perpaduan, dekat sini, hari ini.
Seorang daripada kanak-kanak berkenaan berusia dua tahun manakala dua lagi merupakan kembar berusia tujuh tahun.
Ketiga-tiga beradik itu dikatakan ditinggalkan di dalam kenderaan berkenaan dengan enjin masih hidup sementara ibu mereka keluar membeli makanan.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 5.21 petang.
“Setibanya dilokasi kejadian didapati tiga orang kanak-kanak lelaki berumur dua dan tujuh tahun terkunci di dalam kenderaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut jurucakap itu lagi, anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kenderaan tersebut.
Ketiga-tiga beradik itu terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Topic Berkaitan
#terkunci dalam kenderaan
#MPV
#bomba
#Proton Exora
#Taman Perpaduan
#JBPM Perak
#tiga beradik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan