awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba sukarela tawar khidmat percuma tangkap ular

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
31/01/2019
07:17 MYT
Bomba sukarela tawar khidmat percuma tangkap ular
Mohamad Saifullah berkata, memerlukan teknik untuk menjinakkannya.
Pepatah “alah bisa tegal biasa” sesuai untuk menggambarkan seorang anggota bomba sukarela dari Bomba Sukarela Wakaf Baru yang berpengalaman menangkap dan mengendalikan ular berbisa.
Mohamad Saifullah Omar, 29 tahun, berpengalaman hampir empat tahun dalam mengendalikan reptilia berbisa bahkan lebih 300 ekor ular berbisa berjaya ditangkap dan dijinakkan olehnya.
Katanya selepas menyertai pasukan bomba sukarela enam bulan lalu, beliau banyak terlibat dalam khidmat khas menangkap ular berbisa bahkan tidak pernah menolak pelawaan sesiapa untuk menangkap berbisa itu.
“Saya berani berdepan dengan reptilia berbisa yang mampu meragut nyawa, bahkan saya menganggapnya sebahagian dari tanggungjawab seorang pecinta haiwan dalam memmbantu masyarakat setempat.
"Semua yang saya lakukan tanpa mngharapkan bayaran dan penghargaan meskipun ada yang menggelar saya sebagai orang gila," katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Menurut beliau, khidmat percuma yang ditawarkan termasuk menangkap ular berbisa memasuki kediaman, kereta dan juga ditempat-tempat lain.
Mohamed Saifullah yang juga presiden Darul Naim Exoticon, serta pernah menjadi ahli Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) berkata, sepanjang pengalaman menangkap ular, lebih 15 kes melibatkan tangkapan ular berbisa, antaranya tedung selar, tedung senduk, katam tebu dan sebagainya yang mana bisanya mampu membunuh.
Menurut Mohamad Saifullah, ular tidak bertindak sekiranya nyawa tidak terancam.
Menurut Mohamad Saifullah, ular tidak bertindak sekiranya nyawa tidak terancam.
“Kepakaran menangkap dan menjinakkan atau memujuk spesis berbahaya seperti tedung selar dan sebagainya. Banyak saya pelajari dari siri dokumentari di National Geographic,” katanya.
Kebanyakkan ular yang saya tangkap, saya pelihara sementara waktu sebelum melepaskannya ke habitat asal atau menyerahkannya kepada pihak berkuasa.
“Ular juga seperti mana haiwan lain yang memerlukan teknik untuk menjinakkannya dan ia tidak bertindak sekiranya nyawa tidak terancam, untuk itu harus pandai dan tahu mengendalikan ular supaya ia tidak menyerang,” jelasnya.
Sepanjang pengalamannya menangkap ular, beliau pernah digigit oleh ular sawa dan ular tiong namun tidak mendapatkan rawatan di hospital kerana bisanya tidak mengancam nyawa.
Topic Berkaitan
#anggota bomba sukarela
#MAYC
#menangkap ular
#Mohamad Saifullah Omar
#National Geographic
#Wakaf Baru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan