awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOF teliti kesesuaian pengeluaran caruman KWSP untuk MHIT - Amir Hamzah
China hukum mati 11 anggota sindiket penipuan Myanmar
Virus Nipah: KKM laksana saringan bersasar ke atas pengembara dari negara berisiko tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Bonda Ratu' dibebas dengan jaminan polis

Bernama
Bernama
11/01/2016
14:52 MYT
'Bonda Ratu' dibebas dengan jaminan polis
Polis menahan pasangan itu di kediaman mereka di Sungai Rambai pada kira-kira 2 petang Khamis lepas selepas menerima laporan orang ramai. - Gambar fail
Wanita yang mendakwa dirinya 'Bonda Ratu' bersama suaminya, yang dipercayai merancang untuk menganjurkan majlis penganugerahan darjah kebesaran di Sungai Rambai, Jasin, Sabtu lepas, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Sampornak Ismail berkata pasangan berusia 40-an itu direman selama empat hari bermula Jumaat lepas bagi membantu siasatan mengenai penganjuran majlis penganugerahan tidak diiktiraf itu.
"Pasangan itu dibebaskan tetapi siasatan terhadap kes tersebut masih dijalankan," katanya kepada pemberita di sini.
BACA: 21 ADUN BN ditawar kurniaan pingat kebesaran 'Bonda Ratu'
BACA: Majlis tidak diiktiraf: Polis Melaka tahan 'Bonda Ratu'
Polis menahan pasangan itu di kediaman mereka di Sungai Rambai pada kira-kira 2 petang Khamis lepas selepas menerima laporan orang ramai yang menerima jemputan ke majlis 'Penganugerahan Salasilah Keturunan Raja Tiang Bongkok Kesultanan Alam Kerinchi Tinggi Nan Sakti'.
Pasangan itu mendakwa mereka adalah pewaris takhta Kesultanan Melayu Melaka.
Topic Berkaitan
#Bonda Ratu
#Melaka
#Sampornak Ismail
#Sungai Rambai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan