Bonda Sultan Johor, Enche’ Besar Khalsom Abdullah mangkat di London, pada Jumaat, pada usia 83 tahun.

Berita kemangkatan itu disahkan Johor Royal Press Office (RPO) sebentar tadi.

"Dukacita dimaklumkan bahawa Enche'Besar Hajah Khalsom Abdullah, bonda Sultan Johor telah mangkat di London, kenyataan mengenai pengebumian akan dimaklumkan oleh Jumaah Majlis Diraja Johor," menurut kenyataan ringkas RPO.




Terdahulu, Johor Southern Tigers (JST) turut mengumumkan khabar dukacita tersebut menerusi muat naik di laman rasmi JST di Facebook.

Almarhum dilaporkan mangkat di London disebabkan sakit tua pada 1 Jun (waktu Malaysia).


Dalam pada itu, bendera Johor dan bendera daerah di negeri tersebut dikibarkan separuh tiang mulai hari ini sehingga selesai istiadat pengebumian.

Almarhum dilahirkan pada 2 Disember, 1935 di Cornwall, England, dan telah memeluk agama Islam bagi mendirikan rumahtangga dengan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail.

Mereka dikurniakan tiga puteri serta seorang putera iaitu Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah, Tunku Besar Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah, Sultan Ibrahim dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah

Laman Facebook rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar turut memuat naik ucapan salam takziah.


Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim turut memuat naik status di laman Instagram.

1st June, Jumaat. Al-fatihah. Will miss you Tok.

A post shared by @ tunku_idris on


Adinda Sultan Johor, Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mengesahkan kemangkatan itu di Twitter baginda hari ini.