awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bonda Sultan Terengganu mangkat

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
03/08/2023
06:34 MYT
Bonda Sultan Terengganu mangkat
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Mohd Sophian Abu Bakar, memaklumkan Almarhum mangkat pada pukul 3.17 pagi di ibu negara.
KUALA TERENGGANU: Bonda kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, iaitu Tengku Besar Terengganu Fatimah @ Sharifah Nong Alsagoff Abdillah kembali ke rahmatullah, awal pagi Khamis.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Mohd Sophian Abu Bakar, memaklumkan Almarhum mangkat pada pukul 3.17 pagi di ibu negara.
“Menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, dukacita dimaklumkan bahawa dengan kehendak Allah Subhanahu Wata'ala, Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu (Fatimah @ Sharifah Nong Alsagoffbinti Abdillah), Bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan telah kembali ke rahmatullahpada hari ini, Khamis, 16 Muharam 1445 bersamaan 3 Ogos 2023 jam 3.17 pagi di Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Mohd Sophian memberitahu, jenazah Almarhum dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus menaiki pesawat khas dan kemudian dibawa ke Istana Al-Muktafi Billah, Kuala Terengganu untuk diberi penghormatan terakhir.
Menurutnya lagi, Almarhum akan dibawa ke ke Makam DiRaja Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu dan akan dimakamkan petang ini selepas solat Asar.
“Sultan Mizan juga mengampuni perkenan tempoh berkabung selama lima hari mulai hari ini," tambahnya.
Topic Berkaitan
#bonda Sultan Terengganu
#Sultan Mizan Zainal Abidin
#Tengku Besar Terengganu Fatimah
#Datuk Pengelola Bijaya Diraja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan