JELI: Taktik 'ulat pelancong' dari Thailand yang membawa penumpang dari negara mereka untuk melancong ke Malaysia terbongkar selepas ditahan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Ulat pelancong yang memandu van mewah yang kebanyakannya milik persendirian itu dikesan melalui Ops Khas Van Putih JPJ dan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Mengesan Ulat Pelancong pada Isnin.
Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, modus operandi mereka ialah membawa penumpang dari negara itu dan kemudiannya menurunkan penumpang sebelum tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Rantau Panjang bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Menurutnya lagi, ketika pemeriksaan di kaunter, penumpang kemudian berjalan melepasi kaunter terbabit dan masuk semula ke dalam van untuk meneruskan perjalanan dan melancong ke destinasi pilihan di negara ini.
"Pemandu itu juga didapati menyalahgunakan Permit Peredaran Antarabangsa (ICP) dengan membawa 'pelancong' menggunakan kenderaan milik persendirian," katanya kepada pemberita selepas operasi itu di Stesen Penguat Kuasa JPJ Jeli.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Penguat Kuasa, Ibu Pejabat JPJ, Dr Azmi Awang.
Lokman memberitahu, tindakan ulat pelancong itu boleh menjejaskan industri pelancongan negara selain merugikan pemandu teksi serta van pelancong di negara ini.
"Kita melakukan risikan selama tiga hari sekitar daerah Jeli dan Rantau Panjang selepas menerima aduan daripada orang awam mengenai 'keberanian' pemandu van itu," katanya.
Jelas beliau lagi, pemeriksaan lanjut turut mendapati warga Thailand itu membayar sebanyak RM70 untuk satu tempat duduk di dalam van dan boleh pergi ke beberapa destinasi termasuk Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu.
Tambah Lokman, kesemua pemandu van akan disiasat bawah Seksyen 5(2) Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) iaitu menjalankan atau menganjurkan dirinya sebagai menjalankan perniagaan kenderaan pelancongan tanpa lesen yang sah.
"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya," katanya.
Kira-kira 35 pegawai dan anggota JPJ serta MOTAC menyertai operasi selama tiga jam bermula 4 petang sebelum berbuka puasa bersama di stesen penguat kuasa berkenaan.
Dalam tempoh itu juga, sebanyak 15 kenderaan dikesan melakukan kesalahan teknikal di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) termasuk di bawah Seksyen 5(2) Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482)
Orang awam boleh membuat aduan kepada MOTAC atau JPJ jika terdapat pihak menganjurkan perniagaan kenderaan pelancongan tanpa lesen yang sah menggunakan Aplikasi MyJPJ e-aduan@jpj atau emel [email protected]. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 26 2024
Lokman bertemu pelancong dari Thailand yang menaiki 'van pelancong' tanpa dokumen yang dibenarkan melalui Ops Khas Van Putih JPJ dan Pejabat MOTAC Mengesan Ulat Pelancong pada Isnin. - Foto Sinar Harian
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Bongkar taktik pemandu van putih Thailand
Ulat pelancong yang memandu van mewah yang kebanyakannya milik persendirian itu dikesan melalui Ops Khas Van Putih JPJ.
Dilihat berlegar-legar: 'Van putih tular milik polis, bukan penculik'
Polis menafikan telah menahan van putih yang didakwa digunakan penjenayah untuk kegiatan menculik kanak-kanak di sebuah perumahan di Raub.
Bergurau tak kena tempat, dakwaan diculik van putih rupanya palsu
Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata remaja tersebut membuat laporan awal pagi tadi, namun polis mengesan keterangannya mencurigakan dan didapati palsu.
Tak wujud sindiket culik, jual organ di Malaysia - Polis
Walaupun polis telah beberapa kali membuat kenyataan tidak wujud kegiatan sedemikian di Malaysia, berita palsu itu masih lagi ditularkan.
10 maut, 16 cedera dirempuh van di Toronto
Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan 16 lagi cedera apabila sebuah van putih merempuh sekumpulan pejalan kaki di Toronto, Kanada, pada Isnin.
Laporan pelajar diculik di Pandan Indah tular disiasat
Ketua Polis Daerah Ampang ACP Hamzah Alias berkata pihaknya ada menerima laporan berhubung kes cubaan culik tersebut dan sedang meneliti perkara sebenar yang berlaku pada hari kejadian.
Polis edar gambar suspek serangan van di Barcelona
Driss Oubakir, berusia lingkungan 20-an dikenal pasti menerusi dokumen yang digunakannya untuk menyewa van tersebut.