Seramai 13,390 penjawat awam di Perak bakal menikmati pembayaran bonus kali kedua daripada kerajaan negeri, Khamis depan.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika mengumumkan perkara itu berkata, bayaran berkenaan melibatkan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM2,000 seorang seperti diumumkan dalam Bajet 2019 Negeri Perak, November lalu.
"Pemberian bonus ini telah diumumkan dalam pembentangan Belanjawan lepas yang mana ia diberikan secara berperingkat.
"Separuh daripada bayaran telah kita masukkan ke dalam akaun pada Disember lalu dan bakinya akan kita berikan pada 16 Mei ini sama ada baki dari sebulan gaji atau minimum RM2,000," katanya kepada pemberita sempena majlis Ihya Ramadan 2019 anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perak di Masjid Al Mukmin Kampung Batu 3, Jalan Pahang hari ini.
Beliau berharap, baki bayaran dibuat dapat membantu meringankan beban penjawat awam dalam membuat persiapan Aidilfitri ini.
"Ini sebagai tanda penghargaan kerajaan atas usaha dan komitmen penjawat awam berikan selama ini," katanya.
Daripada 13,390 penjawat awam di Perak, seramai 5,643 merupakan kakitangan di Jabatan Negeri; 1,705 di Pentadbiran Tanah dan Daerah; 4,683 di Pihak Berkuasa Tempatan dan 1,359 di Badan Berkanun Negeri.
Dalam ucapannya, Ahmad Faizal turut merakamkan penghargaan atas usaha TNB menjadi rakan strategik kerajaan negeri terutama dalam melaksanakan program kebajikan rakyat.
Katanya, seperti program Lestari Komuniti dan Alam Sekitar Kampung Dew di Taiping yang dilancarkan Februari lalu dan Coffee Table Book mengenai bunga Rafflesia, baru-baru ini dijangka dapat merancakkan lagi sektor pelancongan di Perak.
"Jika usaha sebegini diteruskan, tidak hanya kerajaan negeri yang akan mendapat manfaat, tetapi rakyat di kawasan tersebut juga berpeluang meneroka bidang baharu untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan tambahan," katanya.
Pada majlis itu, beliau turut menyempurnakan gimik penyerahan replika kunci rumah Projek Baiti Jannati kepada 12 keluarga, sementara sumbangan wang tunai kepada 50 golongan kurang berkemampuan dan 40 pelajar cemerlang anak-anak Orang Asal di kawasan Chenderiang.
Hadir sama, Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan, Abdul Yunus Jamhari; Ketua Pegawai Retail TNB, Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan dan Pengurus Besar TNB Perak, Datuk Raja Abd Jalil Raja Zaid.
Sinar Harian
Fri May 10 2019
Ahmad Faizal sempat bergurau membetulkan songkok seorang kanak-kanak yang menerima bantuan sempena majlis Ihya Ramadan 2019 anjuran TNB Perak di Masjid Al Mukmin Kampung Batu 3, Jalan Pahang hari ini. - Foto Sinar Harian
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.
Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.
Isu 3R: Siasatan terhadap Muhyiddin timbulkan persoalan - Bersatu
Ahmad Faizal berkata pendakwaan segera ke atas Muhyiddin oleh Peguam Negara berhubung kes itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.
Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.